Wednesday, June 3, 2009

Perkahwinan.. bersediakah anda?

Bersedia ke tidak? Tidak perlu dijawab rasanya. Sebelum ini aku sudah beritahu. Aku sempat juga menemuramah beberapa orang kawan dan ini hasilnya.

klik untuk besarkan..

Sumber pertama adalah majalah Maskulin. Aku tidak ingat edisi bulan berapa, tetapi daripada majalah inilah aku mula berfikir dan mencari angka-angka ini. Sebenarnya ada beberapa lagi perkara yang dicatatkan tetapi aku hanya memilik beberapa perkara ini. Anggaran ini adalah untuk satu majlis dan keraian yang sederhana sahaja. Tetapi jumlah keseluruhan yang dicatatkan adalah RM50,000 termasuk untuk sebulan selepas kahwin.

A, B dan E adalah data yang diperolehi daripada majlis yang diadakan di Kelantan. Oleh itu tiada wang hantaran. Perempuan Kelantan mendapat sepenuhnya wang tersebut kerana itu adalah mas kahwin. Eh, apa yang dibuat dengan duit yang suaminya kumpul bertahun-tahun itu? C adalah contoh di sebelah Pahang juga yang keluarganya berasal dari Kelantan. Lantaran itu mas kahwin lebih tinggi dari hantaran. D pula adalah contoh daripada negeri Perak. Maaf, tidak dapat perbelanjaan daripada utara, selatan dan Lembah Klang.

Secara keseluruhannya majlis perkahwinan aku nanti juga sedikit murah berbanding kawan-kawan di KL, maklum sahaja kos di Kelantan lebih rendah. Cuma masalah pada mas kahwin dan wang hantaran. Maklum saja, mungkin tidak sama dengan nilaian orang Kelantan.

Pelamin, pakaian dan hiasan bilik pengantin juga jauh lebih murah berbanding harga di KL seperti yang kemukan oleh Maskulin. Tetapi aku rasa tidak perlu semuanya, cukuplah sekadar hiasan bilik pengantin dan pakaian. Sebelah lelaki tidak perlulah terlampau meriah seperti sebelah perempuan. Makan beradab? Aku rasa kosnya termasuk dalam jamuan. Oh, inilah keistimewaan kenduri di kampung belanja untuk jamuan tidak terlalu tinggi kerana dibuat secara gotong-royong.

Aku pentingkan cincin, barang hantaran dan fotografii. Gambar paling penting kerana itu yang akan kekal. Itu bukti yang boleh ditunjukkan kepada anak cucu nanti. Cincin sudah diberi semasa bertunang dan sekarang ramai mula beralih ke gelang. Kelainan perlu ditonjolkan, jadi aku lebih tertarik untuk memilih gelang kaki. Tentu menarik upacara menyarungkan gelang kaki itu nanti. Mesti ramai yang mahu mengambil gambar. Barang hantaran kalau boleh aku mahukan yang boleh kekal lama. Jam tentu sekali wajib. Minyak wangi, kemeja, kasut, tali pinggang dan kek itu sudah biasa diperolehi semasa sambutan hari jadi. Lalu perlu yang lebih istimewa. Buku mungkin. Apa ya lagi?

Pengangkutan tidak kurang pentingnya. Nak kahwin dengan orang jauh katakan. Percutian, boleh dipertimbangkan jika ada lebihan belanja. Cukuplah bercuti di kampung sambil menziarahi sanak-saudara.

Paling terkesan sepanjang mengumpul data ini adalah pesanan daripada seorang sahabat supaya menyimpan duit dua kali ganda budget perkahwinan. Banyak lagi perkara remeh yang menuntut wang tanpa dijangka. Lagi banyak kata-kata ini,

“O.. dah nak kahwin. Bila walimahnya? Sudah kumpul-kumpul maklumat begini mesti sudah bersedia.”

Biar sahaja mereka membuat ramalan. Maklumat ini sekadar untuk perkongsian sahaja. Juga untuk persediaan awal. Majlis cukuplah sederhana. Paling penting adalah persediaan untuk menghadapi kehidupan selepas alam perkahwinan. Persediaan menghadapi hidup sebagai suami isteri dan memiliki anak. Kos ini tentu sahaaja melibatkan rumah dan pelbagai bil lain.

Lantaran itu, pada aku untuk memulakan satu keluarga perlu sekurang-kurangnya mempunyai RM50,000. Kalau simpan RM500 sebulan, perlu 100 bulan atau lebih kurang lapan tahun. Bujang telajak rasanya.

sudah boleh bergelar ayah ke?


1 comment:

Mohd Zulhasif B. Zulkifli said...

selamat hari bapa abe peng..hoho..bapa dah ke ??