Kami berkhelah di pantai. Menikmati persembahan-persembahan menarik dengan kemunculan algogo dan artis nasyid. Kemudian merasai enaknya ayam yang dipanggang bersama kek, bihun dan air bandung. Paginya kami disedarkan daripada terus tidur dengan tazkirah mengkagumkan sebelum ke pantai bermain seperti anak-anak kecil. Di sinilah kami bersorak sehingga aku hampir kehilangan suara. Bergaduh seperti kanak-kanak kecil tetapi akhirnya memeluk erat sambil menyanyikan lagi Bersatu. Ah, terasa aku kembali muda. Sungguh indah saat ini kerana dikelilingi oleh insan yang murah dengan kasih-sayang.
Hangat pelukan masih aku rasai hingga kini, tambah-tambah badan yang makin berisi menyebabkan berpelukkan itu lebih terasa nilai persahabatannya. Dulu, aku tidak berapa gemar memeluk dan berpelukkan ini sehinggalah aku rasa begitu dunia KL menghalau aku jauh untuk mencari teman serasi. Kemudian, pulang kadang-kadang itu menyelamatkan aku dari rasa benci pada kasih yang diberi. Bersama mereka seringkali membuatkan aku berkata, “Masih ramai lagi yang dahaga dan aku harus memberi.”
Aku selalu berharap untuk mendapat layanan luar biasa daripada teman-teman. Oleh kerana itu aku selalu kecewa dengan apa yang aku perolehi. Bersama mereka mengajar aku untuk sama-sama memberi dan mencari gembira. Kita yang harus menghulurkan layanan istimewa dengan ikhlas tanpa pilih kasih kerana medan ini terlalu banyak dengan kasih-sayang. Di setiap penjuru ada kasih yang merendang, Cuma kita perlu singgah dan berteduh.
Lagu Bersatu yang singgah di gegendang telinga malam dan siang adalah kemuncak kepada rasa terharu yang bersemi di dalam hati. Ditambah lagi dengan sayu mengingati pemergian seorang sahabat. Oh, hidup terlalu singkat, ini saja waktu yang ada untuk kita saling berbakti kepada Islam dan berkongsi rasa serta kasih.
Aku mengaku, aku memang banyak salah pada mereka. Hilang sebelum muncul kembali. Aku kini mahu terus muncul. Berlari dan menari dengan mereka. Tidak mahu lagi ketinggalan dan mengejar kembali. Aku rasa seolah-olah kami baru sahaja bersatu kembali. Kembara ini mungkin mengajar sebahagian daripada kami erti sebenar sebuah kasih dan persahabatan. Kalu aku terjatuh setelah melompat, jangan lupa pujuk aku untuk bangun dan melompat kembali.
Dilahirkan berbeza bukan alasan
Untuk rasa berbeza
Kerna kita sama matlamat
Pengikat kasih dan setia yang terputus tidak
Wangian iman dan takwa yang mengharumkan perjuangan
Aku mahu terus mendampingi kalian. Ketawa dan melompat bersama-sama. Biarpun sekadar menjadi badut dan penglipur lara. Paling penting bekerja untukNya berama kalian.
p/s: Terima kasih untuk Jaz yang banyak sekali mengerah tenaga supaya kami menang. Tahun depan kita perlu kekalkannya.

9 comments:
menjadi harapan untukku menyaksikan..
ummat yang bertuah ini..
kembali bersatu hati...
saya kagum.
tahniah...
tahun depan dapat no 1 pulok..
tq peng atas usaha
kena ngejah balik kijo klate nih
syukran dr kmi pngajur krna sudi mghdirkn diri.....
wah a.peng..
sangat best kek yg a.peng sponsor..
a.peng punya group no satu ko hari tu??
ukhwah ni,takkan kita jumpa walau dimana kita mencarinya..
Sedihnyo sero...
Nk buat jok posting gni...
Tp x pnda wat ayt...huk3...
Tahniah be...
Irtiyah:: kagum? apa yang kagum tu?
Cik Awan: beres. kito usaha lagi.
Azrul: itulah seelok-eloknya, tapi tiada keje sesuai
Ibnu Zakaria: kredit untuk penganjur
Nusaybah: kek tu patut terima kasih pada yang tolong buat. No 2 sahaja.
Putra:sama -sama kita kongsi rasanya.
dah lama baca, baru nak komen..ya Allah, aku tak nak kehilangan mereka!! mereka saudaraku dunia dan akhirat!
Post a Comment