Ini kali kedua dapat anugarah daripada teman blog.. sebelum ini tidak dilunaskan.. Jadi baik aku selesaikan yang ini dahulu..1- Copy Award Diatas Untuk Diletakkan Di Blog Anda

2- 5 Fakta menarik tentang Pemberi Award ini
Pertama: Eisha
*Kami sama asasi. Tetapi aku tidak pernah bercakap dengan Eisha. Cuma masa kelas hari Sabtu (entah kelas apa), pernah satu kumpulan. Tengok dari jauh sahaja.
*Kami hanya kenal melalui blog sahaja. Tidak pernah lagi bertemu selepas zaman perkenalan ini.
*Tak banyak tahu pasal Eisha. (oh, maaf).. lepas ini boleh lebih berkenalan..
Kedua : Kino
*Berkenalan masa asasi juga. Maklum sahaja orang besar kolej, semua orang kenal.
*Kemudian kami sama-sama berusrah sewaktu di UM
*Selepas habis belajar bertambah-tambah rapat lagi kerana dia suka beri aku makanan. Aku paling suka makaroni bakarnya.. oh, sampai hari ni masih terasa lazatnya. Nak Lagi!
*Sekarang dia tengah sambung pelajaran di peringkat sarjana (memang seorang yang cerdik). Insyaallah kan ke luar negara. Oh, bestnya.
*Paling penting: dia dan maknya sama-sama sporting, bertuah siapa menjadi ahli keluarganya.
3-10 FAKTA @ Hobi diri sendiri
Fakta tentang aku
#Gemuk kerana kuat makan.. semua makanan mesti cuba dan makan sampai habis. Pinggan tidak boleh tinggalkan sisa.
#Pendek kerana ikut Gen Mi (panggilan kepada Mak). Kami banyak persamaan dan aku memang anak Mi. Ibu borek anak rintik.
#Suka melompat. Pantang ada kamera mesti melompat.
#Suka beli buku tetapi selalu baca lambat. Jadi adik-adik aku yang tolong bacakan dulu.
#Nak jadi Sasterawan Negara walaupun tulisan tidak berbakat dan pernah kena buang hasil tulisan oleh penerbit.
4- Pilih 10 penerima award yg blognya anda sll terjah & describe tentang diorang;
*Hilman: dia yang bawa aku ke dunia blog ini. Seorang sahabat yang baik. Pejuang Mahasiswa yang hebat.
*Mukmin: Sahabat semasa sekolah menengah. Akan melanjutkan pelajaran ke USM.
*Azrul: Sahabat semenjak daripada tingkatan dua. Kami slelau bergaduh mulut. Saiz kami hampir sama cuma dia lebih berjaya dalam hidupnya.
*Hamasyie: Perkenalan di alam nyata membawa ke alam maya. Rasanya lebih banyak bersua di alam maya. Bakal Jururawat.
*teddybearhijo: bakal arkitek. Masih bertungkus lumus. Oh, kami juga berkenalan di alam maya.
*Asrul: Junior satu sekolah menengah. Bertemu di UM. Mantan Presiden kolej. Orang hebat ni.
*Zaqwan: Masih belajar tetapi bijak menguruskan masa untuk berblog.
*Ezzat: Lukisannya mengkagumkan. Pernah datang rumah dan berbuka bersama-sama.

2 comments:
hehe ok peng next time ley kenal lagi..makulumla sy tak sefamous kino hehe
ler. zaman aku glemer dah berlalu la weh. huhuhu.
tapi serius tak best weh jadik orang glemer.. serius tak best.
haih.
Post a Comment