“Saya mualaf. Tadi pergi KL, sekarang mahu balik Klang. Tiket RM4. Boleh bantu saya?” Seorang lelaki berjambang menemui di hadapan Masjid Ar-Rahman.
“Dari pagi tadi tidak makan. Sekarang saya hanya makan ini. Boleh bagi saya sedikit wang untuk menghilangkan lapar,” seorang lelaki wagra negara Pakistan sedang menguyah kertas.
Wang yang ada di tangan kadang-kadang bukan rezeki kita, mungkin rezeki orang di sekitar kita. Allah maha berkuasa. Dalam sesaat saja dia boleh mengambil rezeki yang diberi kepada kita kembali. Walaupun kadang-kadang kita seperti begitu mudah ditipu oleh peminta-peminta wang ini.
“Kalau betul mereka memerlukan wang saat itu bagaimana? Duit sudah diberi biarkan sahaja, menipu atau tidak itu urusan dia dengan Tuhan. Kita seeloknya membantu. Mungkin hari ini bukan hari kita,” balas seorang rakan bila aku ceritakan kisah-kisah yang aku rasa ditipu ini.
Rezeki kita, makan saja
Rezeki yang diberi boleh saja diambil dengan pelbagai cara. Malah wang kita kira sekadar mencukupi untuk sebulan ini akan pergi dengan pelbagai sebab yang kita tidak jangkakan. Sebelum Allah mengambilnya dari kita, elok kita berikan dahulu kepada yang hak.
Bukan rezeki kita, pancit lagi.
Sudah lama aku tidak menginfakkan duit. Ah, zalimnya aku!

3 comments:
aah betul tu peng...duit gaji yg kite dpt tu da ade bahagiannye untuk mende-mende lain..keta, umah, duit untuk famili...
takpe yg penting duit sikit yg kita dapat tu berkat..aminnn
bila memberi terutama kita sendiri tengah genting, itulah pemberian paling baik. Sebaik kita redha itulah dinamakan pengorbanan dan keikhlasan yg sebenar.
“memberi itu boleh membahagiakan orang lain terutamanya apabila kita mampu memberi sebelum dipinta.”
http://inurses.blogspot.com/2009/06/berfikir-untuk-meminta.html
Post a Comment