Mendapatkan gambar aksi melompat yang menarik bukan senang. Kadang-kadang dengan lompatan yang salah boleh mendedahkan keaiban. Melompat juga memerlukan pendaratan yang sesuai. Salah tempat melompat mungkin boleh menyebabkan kecedaraan. Paling penting dalam melompat adalah jurukamera dan kamera. Kedua-duanya perlu serasi dengan pelompat untuk membentuk aksi yang baik.
Pagi ini rasa mahu melompat tanpa henti. Melompat dengan sepenuh tenaga yang ada dan berharap agar mendapat aksi yang baik. Lantas menghasilkan satu gambar yang boleh diterima umum. Oh, aku tahu aksi melompat aku sebelum ini nampak seperti begitu jelik. Tentu ramai yang ketawa melihatnya.
Namun aku mahu terus melompat kerana itulah cara ku memperoleh kegembiraan. Melepaskan isi hati yang tidak boleh diluahkan. Juga sekurang-kurangnya itu akan menjadi identiti. Bergambar dengan aksi lompatan.
Kalau gambar lompatan aku tidak diterima oleh orang lain, barangkali aku perlu memperbaiki aksi lompatan. Patut juga melakukannya di tempat yang sesuai dan hanya ditontonkan kepada khalayak tertentu sahaja. Lebih menarik jika aku hanya melompat tanpa kamera. Melompat untuk melepaskan segala yang terpendam bukan untuk melihat pelik aksinya.
Ada bebarapa aksi melompat yang aku simpan. Cuma tidak berani dipaparkan lagi. Barangkali aksi jatuh ini lebih menarik untuk dilihat walaupun hasil lompatanya memang hebat.
p/s:Email pagi tadi tidaklah membuatkan terkulai. Namun, kini aku rasa tusukannya.

4 comments:
abe peyuh x habih2 nga gambar nopak dyo tu.. syo adop lagsung lg tu. nati abe balik nie kito keno buat sekali deh
ok
ini suatu pekerjaan yang pelik
huhu~
tapi teruskan melompat
bahkan lompatlah lebih tinggi
dan juga, pelbagaikan gaya lompatan
kalu buleh gaya yg xpnah terfikir dek orang
serta kongsi dan ajarkan lompatan kepada sahabat2 laen
heh
p/s:read between the lines ^_^!
Lompat jange tok lompat..Asal jangan lopat parti sudoh la, haha. Versi Berahim Ali.. bereh, peng. Jumpo di FD!
-ulumcordova
ambo suko gambar hok lompat ms FD nih,hehe..kemah demo wi sudut siku ngan lutut..hehehe..
Post a Comment