Niat jujur untuk menolong keluarga memang dirahmatiNya. Burhan diterima menjadi kerani sebuah syarikat kecil dengan gaji separuh daripada gaji semasa di Kuala Lumpur. Namun Burhan puas hati, dia tekad mahu berbakti kepada orang tuanya. Setiap petang, pulang dari kerja Burhan memimpin Ayah berjalan di sekitar kawasan rumah. Setiap pagi Jumaat dia akan membawa Ayah ke pantai. Ditimbus Ayah dengan pasir untuk berjemur. Dua minggu sekali membawa Ayah ke hospital menerima rawatan fisioterapi. Ayah cukup gembira sekali. Hubunganya dengan Burhan juga bertambah erat. Burhan benar-benar merasai kasih seorang bapa. Rasa yang selama ini tidak pernah dirasai.
Mazlan pula sibuk dengan tugasnya merencanakan kempen “Selamatkan Dunia Dari Asap Ro
kok”. Tambahan pula akan ada konvensyen peringkat kebangsaan dengan kerjasama Kementerian Alam Sekitar dan Pengajian Tinggi. Mazlan menjadi ikon terlalu lebat di peringkat kebangsaan. Marah Abah bertambah dengan sikap Mazlan yang sudah mula melebihi tugasnya berbanding keluarga. Banyak rasa kecil hati yang Abah simpan sendiri. Perasaan itu sebenarnya berbaur dengan rasa bangsa kejayaan seorang anak yang memiliki kepemimpinan hebat. Sebagai seorang bapa, Abah tidak mahu kehilangan anaknya. Tidak mahu Mazlan sampai melupai keluarga.
Berita tentang aktifnya Mazlan sampai juga ke telinga Burhan. Meraka sudah lama tidak berutus kata. Masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Burhan sudah dicandukan dengan kasih Ayah. Dia sudah lupa pada insan lain. Memang setiap kali nama Mazlan meniti bibir pasti dia tersentuh. Namun dia yakin betapa hubungan darah itu mengatasi segalanya.
Burhan pantas menelefon Mazlan kerana bimbang Abah dilupai Mazlan lantaran kerja kuatnya. Tambah lagi fikrah Mazlan dan ayahnya tidak sekufu.
“Lan, jangan sekali-kali lupai Abah. Selalulah jengok Abah. Ingat, Ahad ini sambutan hari bapa. Pulang dan raikanlah. Mudah-mudahan kita tidak menjadi anak derhaka.” Mesej Burhan kepada Mazlan setelah panggilan yang dibuat tidak berjawab.
Burhan bahkan menyedari langkah yang diaturnya salah. Terlalu mengongkong Mazlan. Namun dia bangga kerana Mazlan masih berada di landasan perjuangan.
Hari ini baru hari Khamis, untuk menunggu hari bapa terasa begitu lambat. Burhan mengambil keputusan untuk mengadakan jamuan menyambut hari bapa malam ini. Alang-alang mengambil adiknya, Natrah dari asrama, Burhan mahu membeli kek dan sate.
“Abang nak sambut hari lahir ayah ke malam ni?” Tanya Natrah sewaktu mereka membeli kek.
“Bukan la, hari bapa. Adik pun balik, jadi kita sambut dulu. Nak tunggu hari Ahad nanti tiada siapa pula.”
“Kenapa nak sambut hari bapa? Sambutlah hari lahir Ayah, hari ni kan hari lahir Ayah.” Burhan terdiam. Dia tidak mengetahui bahawa hari ini adalah hari lahir ayah.
“Abang tak tahu pun hari ini hari lahir Abah.” Balas Burhan. Natrah menggelengkan kepala.
Sampai di rumah, Burhan mendapatkan Ayah yang sudah boleh berjalan dengan baik di laman. “Selamat hari lahir, ayah.” Dia mengucup ayahnya. Memeluk penuh erat. Natrah nampak mata Ayah berkaca.
“Abang bagi Adik pula cium Ayah.”
Malam itu mereka menjamu selera. Burhan rasa begitu tenteram. Mujurlah dia sembat mengembirakan Ayah. Selama ini dia begitu bersemangat meraikan sambutan hari lahir teman-teman, tapi hari lahir ayah sedikit tidak diingati.
Lepas Maghrib satu mesej masuk ke peti telefon Burhan,
“Lan sedang menonton teater dengan Abah. Hadiah hari bapa. Abang jangan bimbang Mazlan tidak pernah menjadi anak derhaka. Terima kasih untuk tunjuk ajar abang selama ini.” Burhan tersenyum.
“Mesti girlfriend tu, cepatlah bawa balik. Ayah tak sabar nak timbang cucu ni,” kata Ayah sambil menghabiskan kek hari jadinya.
Selamat hari lahir dan hari bapa untuk Abah. Masa hari lahir abah aku di kampung tetapi lidah kelu untuk mengucapkannya. Ya, kami sekeluarga tidak pernah menyambut hari lahir. Hari Bapa aku sms saja Abah. Terukkan!!!!

No comments:
Post a Comment