Friday, May 29, 2009

Seronok Sangat.

"Happy 25th birthday. Semoga panjang umur, murah rezeki & happy selalu d samping rakan2 & tugas. Xnak ape2 hadiahkan? So, Terima la hadiah sebuah persahabatan!"

Kak Win pagi-pagi sudah menghantar mesej untukku. Waktu itu aku baru bersiap mahu ke pejabat. Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat lain yang mengingati tarikh lahirku dan mengucapkan sepatah dua ucapan. Ada juga yang memberi hadiah. Ah, betul-betul terharu.

Majlis memotong kek. Kak Win yang bertudung ungu di samping suaminya, Cikgu Nazir

Pentingkah sebuah hadiah untuk hari yang mendekatkan aku dengan dunia yang di hadapan sana? Aku sendiri tidak tahu bagaimana mengungkapnya. Tetapi hadiah yang diterima cukup mengembirakan. Alhamdulillah, banyak juga hadiah yang diperolehi tahun ini- kasut, dua tali pinggang, tali leher dan dua biji kek.

Usia yang begini tua mengingatkan aku tentang masa depan yang masih jauh. Rakan-rakan sudah ramai yang kahwin. Mereka tentu memiliki peluang yang lebih untuk membina baitul muslim (keluarga muslim) yang menjadi asas kepada masyarakat Islam. Ramai juga yang sudah berjaya dalam kerjaya masing-masing. Ah, masihkah aku tidak berganjak?

Apa yang kita cari sepanjang 25 tahun dahulu samakah dengan apa yang akan kita cari 25 tahun akan datang? Ataupun 10 tahun lagi impian kita sudah jauh berbeza dengan impian kita untuk hari ini. Bahkan mungkin impian selepas mencapai usia separuh abad juga berbeza.

Aku yakin waktu ini kita begitu mengejar segala keindahan yang terhidang. Pakaian cantik, kereta mewah, rumah besar dan makanan yang enak. Jadi kita berusaha untuk mendapat segalanya dengan apa juga langkah yang difikirkan patut. Namun aku percaya suatu hari nanti kita hanya mengoptimumkan rezeki yang diberi. Bahkan kita menolak langkah yang menuntut kerja berlebihan. Itulah masanya aku kira wang bukan lagi alat yang sentiasa dicari. Itulah saat yang aku nantikan.

Bilakah waktunya aku tidak lagi tertarik dengan wang? Masa aku tidak lagi menghitung perbelanjaan. Masa aku tidak lagi melihat kasut dan baju dengan penuh nafsu. Tidak sabar menunggu saat itu. Abah aku kira sudah merasanya.

Pulang tempoh hari abah bersuara, "Sudahlah membeli pakaian dan apa-apa untuk abah. Anak-anak balik sudah cukup." Tahun lepas dia sudah mula menghalangkan aku membelikannya pakaian baru. Waktu itu aku belum mengerti kehendaknya. Malah, aku memandang enteng. Ya, apa lagi yang penting bagi ibubapa kalau bukan sebuah kasih sayang. Dulu, aku jaga pernah cuba mencuri kasih sayang seorang anak untuk ibubapanya. Aku harap aku tidak lagi mencuri selepas ini.




8 comments:

faraulah said...

Selamat Hari Jadi Peng
Semoga dengan bertambah usia, makin bertambah amalan dan takwa kepada-Nya..

fairuspeng said...

time kasih kak mah..

dah lama pun lepas....
kek pun dah basi dah...

~kalamun shidqun~ said...

Bertambah Usia,Bertambah Tanggugjwb..
Moga Cepat Kahwin...=)

TulipKu said...

eidul milad said..selat..selamat..dan selamat semuanya..

Kinokids said...

selamat hari lahir. maaf terlepas pandang. huhu

Hilman Nordin said...

Selamat Hari Lahir. Maaf takde kejutan.

rabia-adawiah musa said...

peng,
selamat ulang tahun.
beringat2 selalu..hehehe

fairuspeng said...

time kasih semua...:)