Friday, May 22, 2009

Gejala-gejala Virus AkeMa

Ada virus baru dilaporkan sedang merebak. Terkejut juga pagi ini bila virus itu dilaporkan sedang berjangkit. Setakat ini, WHO tidak mengelurkan sebarang kenyataan berhubung penyakit baru ini. Tetapi beberapa langkah berjaga-jaga perlu diambil untuk memastikan virus ini tidak berjangkit. Aku mendapat tahu penyakit ini hanya berjangkit kepada mereka yang berhubung secara terus atau close contact dengan pesakit. Cuaca panas sekarang ini dikatakan sebagai faktor yang mempercepatkan lagi merebaknya penyakit ini.

Berita baik adalah penyakit ini dikategorikan kepada: pesakit dan pembawa. Pembawa penyakit ini mempunyai simptom seperti kurang bercakap, telinga marah, muka merah, kening berkerut dan cakap serba tidak kena. Bahkan boleh juga menyebabkan kancing gigi dan sembelit. Mungkin juga tidak menjawab telefon dan mesej. Manakala mereka yang telah menerima kesan penyakit ini mempunyai tanda – tanda seperti muka pucat, hilang keupayaan bercakap, sakit perut, kelenjar air mata tidak berfungsi dengan baik, hilang selera makan, berat badan susut dan tangan menggeletar. Emosi pesakit ini juga kurang stabil dan boleh menyebabkan histeria. Paling penting jika penyakit ini berlarutan pesakit akan mengalami sakit hati akibat dimakan oleh virus AkeMa. Penyakit ini tidak akan berjangkit tanpa pembawa- itu fakta paling penting.

Ketika ini masih belum ada vaksin yang ditemui. Jika mempunyai gejala-gejala ini jangan terlalu risau. Hanya perlu mandi lebih kerap dan berkurung di dalam rumah atau berkuarantin. Elakkan bertemu dengan orang yang dikenali. Sebarang ubat belum boleh menahan rasa sakit yang dialami. Langkah berjaga-jaga adalah jangan terlebih cakap dan kurangkan menghidangan masakan yang pedas kerana penyakit ini berjangkit melalui mulut dan telinga. Tetapi tidak perlu memakai mask.

Untuk pengetahuan semua, aku sudah dijangkiti virus ini semenjak beberapa hari lalu tetapi baru hari ini menyedari. Oh, tidak! Jangan dekati aku! Perintah berkurang untuk aku!!Awas, dengan Virus AkeMa. Aku Kena Marah!!

Mungkin ada pembawa di kalangan mereka ini

No comments: