- Makanan; Aku menggemari belut, baik yang dibuat sup atau paprik tetapi dia tidak sama sekali menyentuhnya. Bahkan dia suka sekali menikmati ikan keli yang mati dipukat. Selalu ikan keli hampir buruk itu adikku yang membawa balik pada musim tengkujuh khas untuknya. Aku tidak boleh menyentuhnya. Makanan barat juga tidak disukainya, bahkan selalu saja menolak kalau aku mahu membeli pizza atau ayam goreng KFC.
- Pencapaian Dalam Hidup; Tanggapannya adalah belajar untuk kerjaya dan kemewahan, bukan belajar untuk ilmu pengetahuan. Dia percaya pelajaran yang diterima di IPT perlu digunakan untuk memastikan diri sentiasa dalam kestabilan ekonomi. Jadi padanya segala kejayaan adalah berdasarkan kejayaan. Aku? Tidaklah aku meletakkan kejayaan itu pada nilai kewangan tetapi juga pada manfaat hidup yang dihulurkan. Belum berjaya seseorang itu kalau anaknya masih tidak boleh menjadi insan cemerlang yang boleh menyumbang kepada kebahagian di sini dan dunia selepasnya.
- Hobi; Tentu sahaja aku gemar membaca dan menulis. Ah, dia senang sekali dengan aktiviti di dapur. Jarang sekali dia membaca. Mungkin juga terlalu sibuk untuk terus bergiat aktif dengan bidang lain. Aku rasa hobi utamanya adalah berbual.
- Penampilan; Dia tidak suka pada kemasan keterlaluan walaupun cantik dipakai. Padanya yang ringkas lebih menarik. Tapi apa sahaja yang diberi dipakainya. Dia terlalu konsevatif dalam pemilihan pakaian. Bahkan dia selalu mengomel tentang alat kosmetik aku yang terlalu pelik dan minyak wangiku yang keterlaluan baunya.
- Politik; Pandangan terhadap situasi semasa kami seperti tidak boleh bersama. Selalu saja dia minta penjelasan untuk ini dan itu. Sering dia ketinggalan dalam perkembangan masyarakat dan aku selalu terpaksa menerangkannya. Aku kerajaan Terengganu dan dia kerajaan Kelantan, begitulah ibaratnya.
- Perkahwinan; Pemilihan jodoh kerapkali membuatkan aku terdiam. Semua yang diingininya agak bertentangan denganku. Pernah kami bergaduh tentang kriterianya kerana katanya pandangan keluarga juga patut dipertimbangkan. Aku suka gadis yang tidak terlalu cantik tetapi sempurna pakaiannya tetapi dia sedikit cerewet tentang pakaian. Prejudis kepada segala yang labuh-labuh.
Walaupun banyak berbeza tetapi sering gelak ketawa dan berkongsi cerita yang sama. Maklum saja kami suka sangat bersembang. Persamaan antara kami jelas banyak sekali. Aku banyak mewarisi gennya berbanding Abah- kerdil, gempal dan wajah. Bahkan cara pemakanan kami juga banyak persamaan terutama menyukai masakan kampung berasarkan sayur dan santan. Memahaminya satu yang cukup senang. Jarak berjauhan dengan keluarga membuatkan aku selalu menghubunginya untuk mengemaskini situasi semasa.
Umi,
berbeza bukan halangan,
jauh menjadi duri sayang,
kerana pada kucup kasihmu,
mengalir serasi darah cinta,
kerana pada pedas masakmu
terhadam suka dan duka
~Selamat hari ibu, umi~
p/s: maaf sebelum ini tersalah tulis selamat hari lahir..hehe

3 comments:
salam. patutlah tiada Hari Ibu di laman ini. rupanya hari lahir di tarikh yang dekat.
Mati-mati ingatkan itu si Badrul. terkesan dgn cerita sebelum ini mungkin.
oh.. sungguh dalam komen ini sehingga tidak faham...
boleh jelaskan..
p/s: selamat kembali.. lama sudah tidak komen disinikan?
"Tidaklah aku meletakkan kejayaan itu pada nilai kewangan tetapi juga pada manfaat hidup yang dihulurkan."
--> serius sangat inspiring
Post a Comment