Isnin lepas, aku bergegas mengambil seorang ustaz yang juga sahabatku untuk kuliah di surau flat. Sampai rumahnya, sempat juga bersembang beberapa perkara sebelum menerima panggilan tentang seorang lagi sahabat kemalangan kerana melanggar pembahagi jalan. Kerana sahabat yang kemalangan ini ‘sayang’ kepada ustaz tadi, jadi cepat-cepat aku menghantar dia ke flat sebelum bergegas ke tempat kejadian. Sampai sahaja mangsa sudah tersenyum, seperti tiada masalah. Kemudian dia menunjukkan motorsikal yang cedera parah.
“Polis pesan jangan tinggal motor di sini. Usahakan biar boleh bawa balik,” katanya. Motorsikal lebih penting padanya daripada kesihatannya, keluh aku sendiri.
Jadi dia minta adik-adik tut dia datang bawa tayar yang ada di bilik kolejnya. Sementara itu dia berusaha mendapatkan kenderaan untuk mengangkut motorsikalnya. Adik-adik tut dia sampai dan bakal-bakal doktor ini cuci lukanya dengan lemah –lembut sehingga aku sedikit tertekan melihat. Jadi aku ambil kain gouze dan lap dengan kasar di mukanya sehingga bakal-bakal doktor barah. Ah, biarkan sahaja mereka!
Kemudian kami solat Maghrib sementara menunggu lori datang mengambil motorsikal. Tetapi hampa. Lori yang dikhabarkan tiada. Baliklah kami ke tempat kejadian dan doktor-doktor pula pergi sembahyang. Mangsa kemalangan yang aku kira dalam tekanan tanpa banyak cakap membaiki motorsikalnya. Cuba menukar tayar. Melihat azabnya dia, aku sebagai anak seorang mekanik motorsikal menolong sahaja. Alhamdulillah, untuk kali pertama aku berjaya melakukan kerja yang kalau Abah tengok mesti kata ‘senang sahaja ni’.
Doktor-doktor datang kembali. Lalu aku membawa mangsa pulang dan motorsikal itu dibawa bakal doktor tersebut pulang. Terus aku membawa mangsa ke hospital swasta berdekatan rumahku. Mahal sekali bil rawatan untuk mencuci luka, nasihat doktor, suntikan tetanus dan sedikit ubat penahan sakit serta antobiotik. Berjumlah lebih daripada RM100 semuanya. Jururawat sebelum memberikan rawatan bertanya sanggupkah kami membayar atau mahu saja ke klinik kerajaan. Mangsa senyap dan aku meminta dia meneruskan. Mahal pun mahal lah.
Pulang ke rumah, ustaz yang memang menggelabah sudah menunggu. Wah, sayang sekali dia pada sayangnya. Kami makan dengan banyak sebelum aku dan Hariri menghantar mangsa dan ustaz ke rumah ustaz. Aku tinggalkan sahaja mereka begitu.
Disebalik cerita panjang ini, aku mahu ceritakan tentang perbandingan antara wang dan masa. Bukan khidmat di klinik kerajaan tidak bagus. Aku mahu cepat kerana mengejar masa, jadi wang itu aku tolak tepi. Lagipun bukan aku yang bayar! Sama juga seperti kes pemilihan antara teksi dengan bas atau bas dan kapal terbang. Pilihan dibuat berdasarkan faktor wang dan masa. Aku lebih suka memilih teksi kerana masa begitu penting. Tetapi kadang-kadang menunggu teksi itu cukup membebankan. Cuma bila masa tiada wang itu masa bukan lagi menjadi pilihan utama. Sekadar termampu. Tetapi ramai sahaja orang yang memilih wang dari waktu. Pilihan itu bergantung kepada kepentingannya dan falsafah seseoarang. Tambahan pula dalam kehidupan dewasa ini yang wang bukanlah segalanya tetapi wang diperlukan untuk segalanya. Kamu, apa pilihan?
Kedua, aku kagum dengan kasih sayang dan ukhuwah yang dipamerkan oleh ustaz dengan mangsa dan mangsa dengan bakal doktor atau adik-adik tutnya. Memang kuat nampak ikatan mereka. Malam itu aku memang tidak lelap tidur mengenangkan kasih mereka dan kasih ku. Juga kerana esoknya hari Selasa.
Gambar sebaik sahaja aku sampai
Mangsa sedang diperiksa oleh bakal-bakal doktor (adik-adik tut)
Selepas berjaya membaiki motorsikal
Kerana motorsikal Hariri buat perangai, jalan jam, jadi masa adalah pilihan. Kalau tidak jam lagi teruk, makin ramai yang marahkan kami.

1 comment:
mmmmm...memang seronok melihat betapa akrab nya persahabatan itu... dan aku terpikir bagaimana pula jika aku di tempat itu... sapa lah yang akan datang bila aku ditimpa keadaan sebagainya....
sapa yang xcident tu??/
Post a Comment