Monday, March 2, 2009

Mereka Melompat Juga

Berita tentang Adun-Adun yang melompat sudah sedikit reda walaupun kes di Perak ini belum selesai. Aku sendiri sudah muak dengan permainan politik di Perak ini. Seorang Ahli Parlimen di Kelantan pula dicabar untuk melepaskan jawatan setelah dia tidak mengenang budi. Setahu aku inilah raja bagi ahli politik yang melompat sehingga digelar katak. Tentu sahaja ramai yang mahu melompat seperti mereka ini termasuk sahabat-sahabat serumahku.

Aksi melompat ini memang menjadi kegemaran aku beberapa tahun lalu. Bukan senang untuk melakukan aksi ini dengan cemerlang terutamanya bila berdepan dengan masalah jurukamera dan persekitaran. Alhamdulillah telefon aku mempunyai sedikit keistimewaan untuk mengambil beberapa aksi serentak. Jadi bukan sahaja aku yang ghairah melompat, sahabat-sahabat aku juga mula melompat. Biasalah ada yang boleh melompat dengan tinggi dan ada yang kurang lompatannya. Entahlah berat dengan pahala atau ringan dengan dosa barangkali mereka.

Melompat ini banyak sebabnya. Ada yang disebabkan oleh terlalu ghairah atau gembira. Tapi jangan sampai tersilap tempat. Ingat! Nabila mengajar untuk tidak melompat di Tanah Haram atau semasa umrah. Banyak rakan kita yang melompat sewaktu memperolehi segulung ijazah. Maklum sahaja gembira tidak terkira. Awas, jangan sampai tertanggal jubahnya. Melompat juga baik untuk kesihatan seperti lompat bintang. Jadi selalulah melompat. Kalau kanak-kanak, tangga adalah tempat melompat paling disukai. Tentu sahaja itu hanya sebagai satu permainan mencari kebahagian. Melompat dari tempat tinggi ke tempat rendah banyak perlu waspada. Paling aku teringin adalah melompat dengan bungee jump. Adakah di Malaysia?

Beberapa waktu kebelakangan ini gambar simpanan peribadi juga boleh tersebar hingga ke seluruh alam. Tambah-tambah gambar yang menggiur dan mengaibkann. Bimbang juga aku kalau gambar-gambar yang dipamerkan di sini ada yang termasuk dalam kategori tersebut. Nanti habis tersebar. Bertambah popular aku yang semakin meningkat popular dalam industri kita yang kecil ini (gelak sedikit sudah).

Jadi harus kita sentiasa berpesan pada diri sendiri, jika bergambar biar penuh beradab. Pastikan juga tidak yang terlebih suntikan. Di hadapan hari kita belum tahu nasibnya. Kadang-kadang ada yang tidak boleh dijangka. Mungkin ada nanti yang menggunakan untuk bukan sahaja menjatuhkan kita, malah menjatuhkan keluarga. Jadi melompat juga tiada gunanya. Kalau maruh sudah jatuh, melompat setinggi mana sekalipun mendarat juga pada malu. Sebab itu Halim Yazid berpesan bahawa jatuh itu kerana kita tidak sabar. Bila kesabaran hilang tentu sahaja cuai.

Jadi,bersama ini aku titipkan sedikit aksi melompat sahabat serumahku sewaktu kami beriadah.

Lompatan terbaik Kay

Lompatan terbaik Qadri

Lompatan terbaik Hariri



Adun yang melompat itu mungkin gembira lebih daripada mereka ini

3 comments:

Wan Syahida said...

memang tahan je gelak.. aduuih. cover2.

dah terjangkit nampaknya...

p/s: teringat hari tu kino pun lompat tepi sawah. hahaha...

asalkan semua org gembira.

permata_HIJAU said...

salam.... aku pun nak melompat gak semula...

dulu masa sekolah rendah, pernah menang pingat dalam acara lompat tinggi... now.... entah... boleh ke tak lagi...

lilianaazuarroslee said...

nak lompat gak!!!
tapi x mo turun
'bley x?
hhehhe