Friday, March 13, 2009

SPM.. satu memori

Menonton rancangan MHI pagi tadi sewaktu menunggu hujan, aku tersentak juga dengan pilihan empat orang pelajar yang cemerlang dalam SPM tentang masa depan mereka. Hanya seorang sahaja yang memilih untuk terus berada di aliran sains, mengejar perubatan sementara dua lagi memilih bidang undang-undang dan seorang memilih bidang ekonomi.

Lalu aku teringat kembali saat-saat selepas mengambil keputusan SPM. Guru Fizik yang merangkap guru kaunseling menitiskan air mata apabila melihat keputusanku. Dia menyarankan aku mengambil jurusan perubatan. Pulang ke rumah aku menceritakan kepada Umi dan Abah, mereka nampak bersetuju. Sebenarnya sebelum mendudukki SPM aku sudah nekad untuk memilih bidang kejuruteraan. Lalu pilihan aku waktu itu masih terbelenggu dengan titisan air mata seorang guru. Aku isi juga borang permohonan ke univiersiti meminta UTM untuk kursusu kejuruteraan.

Alhamdulillah, aku diterima masuk ke matrikulasi, Pusat Asasi Sains. Masih lagi bercelaru sama ada menolak atau meneruskan kerana tawaran ke universiti tidak akan diberi kepada mereka yang memilih ke matrikulasi. Ramai sekali yang mencadangkan supaya aku ke matrukulasi. Jadi aku ikutkan, dengan harapan dapat bergelar doktor suatu hari nanti.

Masalah datang lagi bila tawaran ke univerisiti diperolehi, ramai yang memilih untuk ke universiti dan ramai juga memilih untuk teruskan pelajaran. Aku memilih untuk kekal di UM. Selepas separuh sem satu, aku sudah nampak betapa perubatan itu terlalu jauh untuk aku gapai. Waktu itu aku hanya mahu berusaha sebaiknya. Ternyata apa yang aku hasilkan di Pusat Asasi Sains itu terbaik pernah aku lakukan.

Kemudian memilih jurusan ke IPTA, keluarga sedikit tidak campur tangan. Abah dan Umi memberi aku kebebasan untuk membuat pilihan. Alhamdulillah aku memperolehi pilihan kedua.

Kini setelah tiga tahun meninggalkan UM, segala masih terapung. Aku masih terawang-awang. Cita-cita waktu kecil sehingga remaja sudah lama aku buang. Perjalanan masih panjang, inilah waktunya untuk mencari jalan yang benar-benar sebati dengan diri. Jalan ini memang berliku. Tambah berliku apabila masalah lain banyak mengganggu.

Keputusan SPM adalah tiket untuk masa depan. Tentu sekali bukan satu jaminan. Adakah sama yang dikejar dulu dan kini?

1 comment:

faraulah said...

cikgu maner ek ngajor fizik time tu?