Tuesday, March 31, 2009

Berhibur Di UKM


Sempat juga dua minggu lepas kau meluangkan masa menonton konsert nasyid di UKM bersama teman-teman serumah dan Shuq. Ah, sudah lama tidak merasai saat indah ini. Menikmati indah merdunya alunan nasyid secara langsung. Kali terakhir merasai nikmat ini adalah tiga tahun lalu sewaktu aku mengendalikan satu program, Simposium Maal Hijrah. Namun ternyata program aku itu terlalu kerdil untuk dibandingkan dengan program kelolaan Along Kushairi ini. Tahniah untuk Shy dan semua warga kerja kerana berjaya menghasilkan satu program yang hebat. Pengalaman mengendalikan program bersama artis ini cukup bermakna untuk dirasai. Menikmati makan semeja dengan Inteam memang mengujakan. Tetapi sayangnya lagu yang diminta tidak dapat ditunaikan.

Hiburan alternatif begini sepatutnya disebar luaskan kerana inilah hiburan yang patut dinikmati oleh semua umat Islam. Bukan hiburan alternatif, inilah hiburannya. Muzik memang hampir dengan setiap individu, cuma perlu ada batasannya agar aqidah. Dulu sewaktu belajar banyak juga mengikuti konsert yang diadakan sekitar UM, kini jarang sekali mengikuti aktiviti begini. Sesekali mendengar alunan muzik ini terasa indah dan nyaman.

Apa lagi hiburan yang kita ada? Menonton filem, menonton teater, bersantai di tempat-tempat indah dan paling indah tentunya berbual dengan teman yang rapat atau lama tidak ditemui. Menonton filem itu biasa padaku, namun sudah agak jarang kini kerana tiada penemannya. Malaysia seharusnya lebih banyak menghasilkan filem yang sesuai hiburannya supaya semua filem barat boleh diboikot sebaiknya. Filem dari negara Islam seperti patut lebih banyak ditayangkan. Teater tentu sahaja menarik untuk mereka yang lebih peruntukan. Menyaksikan Puteri Gunung Ledang adalah memori yang sukar dilupakan. Bersantai ke tempat-tempat indah adalah hiburan paling unik kerana aku boleh sahaja berhibur dengan segala aktiviti. Ah, ingin sekali ke Pulau Kapas menikmati biru air.

Paling menghiburkan adalah menemani teman-teman. Banyak sakit yang boleh terubat. Menemui Abang Amin yang sudah semakin popular sewaktu konsert tersebut juga adalah satu hiburan yang mengujakan. Tahniah untuk Abang Amin yang berjaya menimbulkan suasana yang ceria sepanjang menjadi pengerusi majlis. Berkongsi sedikit rasa dengan teman lain yang turut hadir lebih membuatkan hati meloncat-loncat. Pergi menonton konsert bertemankan semua sahabat memang terasa terhibur. Bukan sahaja telinga malah hati juga.

Mana yang lebih penting, hati atau telinga yang terhibur? Eh, hiburan mata di mana?

5 comments:

faraulah said...

sihat amin loni deh...nikoh doh ko?

fairuspeng said...

a.amin buleh anok dok..
nikoh dgn org banting

lilianaazuarroslee said...

along khushairi bakal berkahwin x lama lagi tau peng..kite kenal bakal isteri die..hehe

fairuspeng said...

lili: betul ke? tak tahu pun.. cite skit

lilianaazuarroslee said...

insya-allah....ct skola bulan 5 ni..bakal isteri die..cgu kat skola kite dulu..hehe