Tuesday, March 17, 2009

Panggil Aku Dahlia


Alhamdulillah, aku berjaya menghabisakan novel “Panggil Aku Dahlia”. Mengisahkan Dahlia yang kembali ke sisi ayahnya untuk mengusaha ladang Teh Timor. Dahlia yang meminati bidang arkeologi juga terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah dari kisah silam tentang kematian nay, ibunya dan juga karenah musuhnya semenjak kecil, Wadi. Mujurlah sepupunya, Tasneem dan Farhan banyak membantu membangunkan kembali kehidupan keluarganya selepas pakatan jahat ayah Wadi merampas satu-satunya harta yang tinggal. Dahlia kemudian bangkit kembali mengatasi segala masalah dan mencari rahsia di sebalik kematian ibunya. Dalam masa yang sama Dahlia juga berdepan dengan cinta yang hadir.

Membaca novel ini juga membawa aku ke Cameron Highland. Merasai sejuknya udara dan enaknya buah-buah di sana. Kalau Rumah Teh Timor itu wujud mahu aku sekali lagi ke sana dan menginap di sana. Ingin juga merasa Skon Mak Bibi dan menikmati indahnya taman yang dibina Farhan. Oh, aku sehingga mencari-cari apa itu skon. Samakah skon dan lempeng? Teringin untuk merasai skon itu!

Novel ini berjaya mengajar tentang kegigihan seorang perempuan yang kembali untuk membawa keluarganya kepada keredhaan Allah dan juga betapa Dahlia tidak pernah putus asa dengan segala cabaran yang datang walaupun terpaksa menceburi bidang yang asing daripada kelulusannya. Paling terkesan novel ini mengajar aku untuk menjadi seorang lelaki yang berupaya menjadi suami kepada seorang isteri. Bukan sedakar mengakhiri cinta dengan pernikahan, tetapi pernikahan itu adalah permulaan kepada tanggungjawab yang lebih besar untuk mendidik isteri. Ah, aku tidak mahu menjadi seperti ayah Dahlia dan ayah Wadi yang gagal memimpin keluarga. Aku juga merasakan yang karya Noor Suraya juga ada identitinya sendiri iaitu menonjolkan kesetiaan seorang perempuan terhadap cintanya. Mungkin Puan Suraya boleh memperbaiki sedikit corak penulisan ini atau menjadikan ia lebih baik. Identiti ini cukup bagus cuma dibimbangi pembaca berjaya menjejaki jalan ceritanya.

Antara Panggil Aku Dahlia dan Surat Ungu Untuk Nuha, aku lebih menyukai Surat Ungu Untuk Nuha, mungkin kerana latarnya yang lebih digemari. Paling penting persamaan dalam kedua-dua novel ini adalah, perempuan boleh mengubah lelaki menjadi lebih beriman dan iman itu harus bermula dengan ikhlas bukan kerana cinta.

Tahniah untuk Puan Noor Suraya, aku menunggu novel seterusnya. Oh, aku sudah jatuh cinta dengan karya penulis ini! Perlu aku dapatkan semua novelnya barangkali.


p/s: minggu depan mahu baca Meniti Maut pula. Tak Sabar!!

2 comments:

Anonymous said...

hmm.. agak menarik.. tapi bukan ke masih stereotype..hihi (komen dari orang yang tak gemar baca novel).. dah baca novel laskar pelangi, Andrea Hirata? tak jumpe version bahasa malaysia lagi lah.. ade downloaded version tapi tak paham.. huhu.. kalau ada bm punye roger2 la ye.. cik nur suke novel2 macamni..

Bintang said...

wah.

saya suka prinsip a.peng itu.

memimpin isteri satu kewajipan.

*senyum