Minggu lepas aku berjaya menghabiskan sebuah buku yang dihadiahkan oleh seorang sahabat untuk hari jadi tahun lepas. Buku yang cukup baik. Penuh dengan syair. Begitu merasakan yang perlu dekatkan diri dengan Al-Quran. Sepatutnya aku berusaha supaya Al-Quran (Allah) memilih aku untuk menjadi hambanya yang setia.
Beginilah aku, sehingga tertidur membacanya.
Buku ini bagus untuk dijadikan hadiah kerana kulitnya yang tebal, menceritakan tentang bagaimana menghayati Al-Quran dan tafsir Al-Fatihah. Terima kasih Aje untuk buku yang hebat!!
Satu hadis yang cukup memberi makna tetapi masih belum difahami yang aku kutip adalah
"Perumpamaan hidayah dan ilmu yang aku diutus oleh Allah dengannya bagaikan hujan gerimis." -Bukhari dan Muslim
p/s Tak tahulah tahun ini dapat lagi ke tidak hadiah daripadanya kerana ku tiada bingkisan untuknya pada hari jadi yang lepas.

No comments:
Post a Comment