waktu-waktu mengira mahu membunuh diri
Perempuan pastinya lebih banyak berkongsi cerita dengan teman-teman ataupun keluarga. Kakak atau adik perempuan pada sesetengah perempuan adalah sahabat baik mereka dan inilah tempat berkongsi perasaan atau cerita. Ibu dan sahabat baik (perempuan selalunya mempunyai seorang kawan karib) juga boleh menjadi tempat tumpang menangis. Aku jarang sekali berkongsi cerita dengan Mi dan Abah. Ya lelaki, padaku mereka kurang mengerti tentang hidup ini.
Kongsi perasaan jika tidak kita mungkin membunuh diri, betul ke? Kemurungan yang berpanjangan boleh menyebabkan seseorang itu membunuh diri kerana berasa bahawa dunia atau hidup tiada nilai lagi. Pernah juga aku merasakan yang segala yang kuatur untuk hidup ini tidak membawa erti. Oh, murungkah aku? Apakah kemurungan? Depression atau sejenis penyakit mental yang melibatkan badan, perasaan dan fikiran menyebabkan kesedihan atau kekosongan yang berpanjangan hingga hilang semangat untuk hidup.
Pernahkah kita mengalami rasa sakit dan lesu seluruh badan? Kalau pernah kita mungkin sedang mengalami kemurungan. Jika tidak tanda-tanda lain adalah tidak minat melakukan aktiviti harian biasa, cepat marah, hilang tumpuan dan mudah sedih. Ah, semua ini pernah aku alami! Lagi tanda aku murung. Ramai pesakit yang menemui doktor tidak sedar mereka mengalami masalah ini. Hanya 18 % pesakit yang menghidapi masalah ini mendapar ubat anti kemurungan. Kita harus berhati-hati dengan masalah ini kerana 10.7 % orang dewasa menghidapi penyakit ini.
Kajian mendapati nisbah kemurungan di antara lelaki dan perempuan adalah 1:2. Perempuan sudah berkongsi cerita tetapi masih murung, pelikkan. Antara puncanya adalah perubahan hormon sewaktu peredaran haid, hamil, bersalin dan putus haid. Adakah perempuan lebih banyak membunuh diri daripada lelaki?
Berkongsi perasaan sebenarnya adalah jalan terbaik untuk menghindari kemurungan. Berkongsi cerita dengan teman yang boleh dipercayai, doktor, ustaz atau kaunselor adalah jalan terbaik. Di sinilah pentingnya persahabatan dan kekuatan rohani. Tanpa iman dan pegangan agama yang kukuh tentu sahaja aku juga mudah kecundang.
Teringat sewaktu baru-baru ini menghadapi masalah peribadi, mujur ada insan yang sudi mendengar, alhamdulillah. Namun itu sahaja tidak cukup. Berinteraksi dengan sahabat-sahabat yang menghiburkan jelas membuatkan aku lupa pada segalanya. Ya, selera makan aku makin bertambah! Paling terkesan sewaktu belajar di UM, ada masalah lebihi kurang sama melanda. Teruk betul sehingga aku memang sudah tidak merasai nikmat hidup. Murung barangkali. Tercari-cari teman untuk berkongsi dan menyelesaikan masalah. Alhamdulillah, Allah bagi kekuatan sehingga segalanya hanya tinggal hujan pagi petang siang bahkan malam. Mujur tidak sampai membunuh diri.
Ingat, Islam mengutuk umatnya yang membunuh diri.
Dari Abu Hurairah ra, katanya Rasulullah SAW bersabda, “Siapa yang membunuh diri dengan senjata tajam, maka senjata itu akan ditusuk-tusuknya sendiri dengan tangan ke perutnya di neraka selama-lamanya, dan siapa yang membunuh diri dengan racun, maka dia akan meminumnya sedikt demi sedikit di neraka nanti untuk selama-lamanya, dan siapa yang membunuh diri dengan menjatuhkan diri dari gunung, maka dia akan menjatuhkan dirinya (berulang-ulang) ke neraka selama-lamanya.” (Muslim)
Mahu kongsi perasaan tidak? Lakukanlah demikian kerana kita tentu sekali akan merasa lega, mengurangkan stres, mungkin mengetahui masalah orang lain yang lebih teruk, menemui jalan penyelesaian dan paling penting kita mungkin berkata, “ Oh, dia kasih padaku!” Kemudian menambah, “Ah, aku tidak boleh mengasihinya!”
Barangkali tidak sesuai berkongsi perasaan denganku, tetapi kalau mahu mendengar celoteh boleh sahaja.

2 comments:
hehe.. jangan pk sangat...
life is too beautiful if we try to realize.
oh ye. makan makan jugak. diet jangan dilupa :P
jarang2 lelaki dapat kongsi perasaan dengan rakan sejenis dan juga ibu mahupon bapa..
kalau adapun,rakan sejenis itu mmg betol-betol dipercayai..tapi sbnrnye,lelaki tak perlu berkongsi perasaan,lelaki hanya perlu orang untuk menyokongnya..selepas tu,bukan jek berkongsi perasaan,but more than that..
p/s : u kene cari cepat-cepat penyokong berlainan jantina=)
Post a Comment