Monday, April 20, 2009

Meniti Maut


Kita selalu mendengar yang Zionis mengganas di Palestin tetapi kita tentu tidak menyangka yang Zionis itu juga sedang merancang untuk menawan negera dan bangsa kita. Cuma bezanya Malaysia ditawan dengan pendekatan ekonomi melalui perangkap peluang perniagaan. Tentera yang dihantar untuk memusnahkan ekonomi negara ini adalah EHM. Bagaimana negera berdepan dengan situasi ini? Siapakah yang menyelamatkan Malaysia? Apakah tugas Fariz dalam menyelamatkan negara? Mampukah Fariz menjalankan tugas yang diamanahkan?

Itulah serba sedikit gambaran untuk yang masih belum memiliki Meniti Maut. Sebuah novel terbaru hasil Eyman Hykal yang cukup berbeza daripada penampilan sebelum ini. Ternyata perubahan aliran oleh Eyman Hykal kali ini begitu menarik minat aku. Tidak rugi memilikinya.

Susunan perjalanan ceritanya cukup menarik dengan logik yang sesuai dan aksi-aksi yang mengujakan. Ceritanya tidak melibatkan banyak emosi, jadi tentu sekali dapat mengelak kebosanan. Ini yang benar-benar memikat hati. Kekuatan novel ini. Kalau sebelum ini ada yang selalu melangkau perenggan, dengan novel ini kalau berbuat demikian pasti hilang rentaknya. Bahasa yang disampaikan tidak kurang menariknya. Bahkan ada banyak juga perkataan baru yang tidak kuketahui digunakan. Sesuai untuk peningkatan kosa kata.

Aku cuba mengenali watak utama cerita ini, Fariz dengan baik kerana ada pesanan yang ditinggalkan penulis supaya aku mencari diriku dalam watak seorang egen risikan ini. Namun ada yang tidak kesampaian kerana watak Fariz seperti tidak begitu ditumpukan. Fariz dalam cerita ini tidaklah kelhatan terlalu sempurna dan ternyata itu menggambarkan betapa Eyman Hykal tidak mahu membuai pembacanya dengan kesempurnaan seorang hero.

Aku juga tertarik adalah cinta yang disampaikan, memang novel ini menyelitkan tentang cinta tetapi tidaklah begitu ditonjolkan keindahan bercinta itu. Oleh itu janganlah terlalu berharap untuk menikmati indahnya cinta kerana ini tentu sekali bukan novel cinta yang membuai emosi.

Tentu tidak rugi memiliki buku ini. Untuk teman yang belum mendapatkannya boleh saja membeli di KLIBF dan kalau bernasib baik boleh mendapat autograf penulisnya sekali. Terima kasih untuk seorang sahabat yang memperkenalkan buku ini. Sabtu itu aku juga mengintai Eyman Hykal dari jarak dekat. Memang mahu menyapa tetapi kerana dia terlalu khusyuk membaca akhbar aku tidak sampai hati menegur. Lalu aku teruskan kembara mencari buku. Sebelum pulang aku singgah mencarinya lagi tetapi tempatnya sudah diganti dengan penulis lain. Tiada rezekiku.

1 comment:

eyman hykal said...

Sdra,

Terima kasih di atas komen MENITI MAUT. Saya menghargainya. Komen sdra dah saya pautkan ke blog Meniti Maut untuk tatapan pengunjung yang lain. Kita berjumpa Sabtu akan datang, ya?