Din banyak berfikir tentang engkau daripada kamu. Jadi tentu Din rasa lebih rapat dengan engkau daripada kamu. Hari-hari Din nampak engkau. Perubahan engkau menyebabkan Din mula melarikan diri daripada mengingati teman-teman. Din hanya jumpa kamu sekejap sahaja. Bahkan Din selalu mengelak dan melarikan diri daripada kamu. Din sentiasa menyebut pada diri yang dia punya banyak masalah tapi tiada siapa yang hiraukan. Kalau Din sendiri melupai kamu, kenapa kamu perlu mengingati Din.
Sedaya upaya Din cuba ajar engkau dan teman-teman (yang masih sudi) supaya faham tentang Islam. Din merasakan yang engkau adalah ubat untuk sakit hati melihat teman-teman engkau yang lari. Engkau banyak betul berubah. Din lebih-lebih gembira. Dalam hati, Din memahatkan perasaan bahawa engkau adalah miliknya. Ya, milik Din seorang. Din tidak mahu ada orang lain yang lebih faham tentang Islam berada dalam hati engkau.
Akhirnya cita-cita Din tercapai, engkau mengikat janji dengan Tuhan seperti mana kamu dan Din. Bertambah lagi ego dalam hati Din. Engkau adalah untuknya. Engkau perlu mengikuti setiap katanya. Engkau akan jadi begitu dan begini seperti yang Din ingini. Pada Din engkau tidak akan kenal Islam kalau bukan kerananya. Bertambah bangga Din apabila engkau mula menjadi sebutan kawan-kawannya. Din rasa engkau begitu rapat dengannya. Tetapi tidak pernah Din fikirkan bahawa engkau tidak merasainya.
Kamu sudah bertambah jauh dengan Din. Jauh kerana Din dan kamu masing-masing menuruti haluan di sekeliling. Kamu semakin merapati sahabat-sahabat lain. Entahlah, Din sendiri kurang pasti kenapa dia terasa makin jauh dari kamu.
Ada seorang sahabat kamu, Khai yang kemalangan. Koma. Sedikit Din tidak bertanya khabar. Sehingga kematian Khai kurang dirasai Din. Itu tanda Din semakin jauh dengan kamu. Jauh sangat. Ada suara yang menerkam menyatakan perangai beberapa sahabat yang tidak langsung menghiraukan tentang kematian Khai walaupun mereka mengaku bersatu hati, diikat tali uhkhuwah.
Din tersentak. Nasi sudah menjadi bubur. Kamu memang merasai kehilangan Khai tetapi Din tidak. Kamu mula mencari Din. Berutus salam. Bertanya pulangkah Din untuk beberapa program. Din rasa bersalah amat. Tetapi Din pendamkan segalanya.
Rasa bersalah Din pada kamu dan hak milikan engkau menyebabkan Din makin bercelaru. Kehidupan Din juga berubah. Din menjarakkan diri dari tempat engkau bermukim kerana tidak mahu mengingati teman-teman engkau. Dalam masa yang sama Din perlu berjuang untuk hidup.
Pada Din hidup ibarat ombak, kadang-kadang menghempas pantai, kadang-kadang surut. Din cuba mencari jalan mendekati kamu dan memastikan engkau dalam berada dalam genggamannya.
Cerita bersambung….

No comments:
Post a Comment