Wednesday, February 18, 2009

Mari memasak di dapur Peng

Sebelum pulang petang Jumaat, aku yang kepingin nasi jagung meminta Abang Nazir datang memasak di rumah. Namun perabcangan masih lagi tidak diputuskan sepenuhnya sehingga pagi Ahad. Lalu secara tidak teratur rumahku dikunjungi chef dari Putrajaya.

Terima kasih kepada Kak Win dan Abang Nazir, pasangan suami isteri yang cukup romantik kerana sudi menjadi chef jemputan ke dapurku dua minggu lepas. Tertunai juga hasrat untuk menikmati nasi jagung dan kari kambing. Juga kepada Kak Nana, kakak tempat bermanja dan bergaduh (bahaya kenyataan ini) yang menyediakan ayam goreng rempah dan gadis comel, Yasmin yang tolong kacau air penuh rasa. Paling penting untuk semua sahabat serumah yang sudi membantu menyediakan rumah dan peralatan- Qadri, Hariri dan Kay. Afif hanya sampai petang setelah segaanya siap dengan ian masak tempoyak. Tidak dilupa pada adik-adikku, Poje dan Paie yang sudi datang makan. Pada sahabat-sahaba yang sanggup datang- Shuq dan adik-adik UIAM serta UiTM. Eh, terlupa- bos aku; Kak Zana. Maaf pada teman-teman lain yang tidak terjemput.

Kak Win, bakal ibu sedang memotong pembuka selera

Hariri, sedang memantau ketua chef, Abang Nazir

Kami mula bergotong-royong memasak jam 11 pagi. Abang Nazir yang datang seorang diri terkejut melihat hasil bawang yang aku blendkan-terlalu banyak air. Jadi perlu dikupas lagi bawangnya. Qadri dan Hariri terus keluar bilik untuk membasuh ayam dan kambing. Kemudian Kak Win, Kak Nana dan Yasmin sampai dengan segala bahan-bahan lain. Kerana banyak barang yang tidak cukup, Kay yang berada di Midvalley aku suruh beli itu dan ini.

Dari kiri, Yasmin, Abang Nazir dan Kak Nana- geng makan di pejabat

Setelah berhempas pulas dengan keadaan dapur orang bujang yang tidak sempurna, Abang Nazir akhirnya berjaya siapkan tiga perik nasi jagung dan satu periuk besar daging kambing. Kami menikmati makan tengahari selepas ayam goreng rempah Kak Nana masak satu kuali. Alhamdulillah! Shuq yang datang awal sempat makan bersama. Selesai sahaja makan, chef-chef dan tetamu balik. Kemudian datanglah tetamu-tetamu lain sehingga lewat petang.

Dapur kami selalu sahaja berasap tetapi sudah lama tiada jamuan agak besar. Kali terakhir seingat aku adalah rumah terbuka tiga tahun lepas sewaktu Shuq dan Pakaq masih tinggal bersama (ah, rindunya saat susah itu!). Mungkin ini sempena perpindahan ke rumah baru. Bergotong-royong begini memang menyeronokan. Lain kali patut diadakan lagi. Jadi konsep chef jemputan boleh dipraktikan. Elok kalau dijadikan sebagai acara bulanan. Siapa mahu jadi chef jemputan, mari! Lagipun kasihan teman-teman serumah yang selalu dipaksa rela memasak pada hari-hari biasa.

Memasak ini bukan senang kerjanya. Aku selalu mencuba yang pelik-pelik pada hari tugasan aku tetapi ternyata tidak boleh melawan dua orang chef yang cukup hebat di rumah ini-Qadri dan Hariri. Masakan mereka memang menjelirakan. Memasak barangkali seperti juga menulis, perlu ada bakat. Tetapi aku percaya bakat tidak penting, lebih perlu adalah usaha. Langkah yang diambil untuk meningkatkan diri. Memasak mengajar kita menjadi lebih berhati-hati kerana kalau ada silap tentu sahaja boleh mendatangkan musibah.

Memasak juga senjata! Ada yang menyihir dengan memasak. Mudah-mudahan dijauhkan daripada terkena. Memasak juga ubat! Doa dalam makanan boleh mendatangkan banyak rahmat. Memasak juga mengasyikkan. Memasak tentu sekali memenatkan. Paling penat mahu memutuskan menu masakan!


p/s hari ini terasa begitu seronok walaupun terpaksa membongkarkan rahsia, sia-sia suprise!

5 comments:

Kinokids said...

buat jamuan tak jemput kita pun... (baca dengan gaya poyo-gedik-nak- mati-tapi-masih-control-ayu)

Wan Syahida said...

hehe. takpe la. tu utk sahabat2 rapat dia je.

fairuspeng said...

kino::: memang tak boleh nak jemput semua orang.. budget kecil sahaja..
hanya sepuluh orang sahaja...
ni nak jemput cik kino datang masak april boleh?

Shye:: sahabat rapat je? cuba cakap sape sahabat rapat tu? budak2 um (junior) yang rapat pun x jemput..

Kinokids said...

huhuhu.. saya seorang pemalu plus tak reti masak hebat2. haha.

takat buat kek kukus coklat ngan makanan yang orang tak makan hari-hari, buleh lah. huhu.(sila rujuk post di blog dulu2 bagi senarai makanan yg saya tau masak)

kalau nak soh buat nasi ayam, saya memang tak reti. huhu

YDP PMKUM said...

be mari ana la pulak jadi chef..ana ado resepi yang istimewa