Tuesday, February 17, 2009

Cerita Din 3/---

Din cuba mencari jalan mendekati kamu dan memastikan engkau dalam berada dalam genggamannya. Zaman berubah. Suasana berubah. Perubahan engkau Din benar-benar rasa dan lihat. Kamu juga, Din lihat kamu jatuh dan bangun. Memerhati dari jauh.

Beberapa tahun berlalu.

Din terasa tiada lagi arah lain yang boleh dituruti. Din mula mendekati kamu. Di situlah medan Islam yang Din rasa dia patut ikuti. Din memang tidak sekuat dulu lagi. Persekitaran membuat dia berubah. Namun Din tidak pernah lupa pada janji. Din nekad untuk kembali berbakti seperti kamu. Din cari peluang dan buat yang termampu. Kerana Din tidak kuat, jasanya tidaklah besar.

Kini Din rasai bahawa walaupun kamu Din tinggalkan begitu lama tetapi kerana janji itu, Din dan kamu terus terikat. Tidak mahu Din melihat ke belakang kerana itulah sejarah hitam Din. Jarak hati dengan kamu semakin dekat Din rasa.

Engkau juga cepat berevolusi. Terus cemerlang memikul amanah. Memang engkau faham tentang janji dengan Allah. Din melihat bangga. Namun engkau dan Din makin jauh. Din sendiri kecewa kerana dia belum puas menikmati ukhuwah itu. Tetapi Din akur, perubahan yang engkau lalui itu menuntut banyak pengorbanan. Din lagi sedar betapa ikatan yang dia bina tidak pernah boleh menandingi pertalian darah. Din tidak boleh merampas hak seorang ayah dan ibu.

Dunia engkau dan dunia Din jauh berbeza. Din memang banyak kecundang dan engkau begitu cemerlang. Tapi Din tidak boleh melupakan segalanya kerana itulah saat manis yang boleh memberikan Din semangat untuk terus berjuang.

Engkau dan kamu, masing-masing punya apa yang Din punya. Din tahu dia tidak boleh mengenepikan perasaan engkau dan kamu. Masa depan Din dan kamu ternyata lebih cerah. Din mahu menumpukan di situ. Engkau, dia tidak mahu mengacau lagi. Biarlah engkau bebas.

Din sampaikan pesanan ini padaku untuk disampaikan pada engkau dan kamu.

Kamu, kalau kamu membaca ini, Din mahu sekali berbakti. Tunjukkanlah Din peluang. Din tahu dia terpaksa membayar balik semua harga ukhuwwah itu. Din akan cuba bayar kerana Din mahu memeluk kamu selalu. Din kata, betul cakap seorang sahabat kamu, ke mana pergi pasti mereka kembali kepada kita.

Engkau, juga kalau kamu mengerti cerita ini, Din tidak akan menolak engkau kerana Din tidak boleh melupakan yang engkau adalah ubat yang Din perlu ambil kadang-kadang. Din harap engkau akan berada di landasan yang benar hingga akhirnya. Semoga engkau berjaya di dunia dan selepasnya. Gunakanlah ilmu yang Din titiskan itu sebaiknya.

Engkau dan kamu, hidup Din akan berubah. Langkah seterusnya perlu diteruskan. Din sudah bertemu dengan Dia mungkin. Hidup tentu saja berlainan. Tapi Din akan memperjuangan Islam sebaiknya. Jadi ini pesan aku. Kalau kamu di samping Din, hulurkanlah tangan kerana Din tidak kuat. Kalau Din terjumpa engkau, tidak perlu diminta maaf tetapi iringilah dia supaya tidak terbabas.

Cerita tamat. Jangan bertanya kerana penulis tidak akan menjawab apa-apa. Sekadar untuk tatapan hati yang beremosi. Oh, ya! Selamat hari lahir! Semoga sentiasa mengingati janji dengan Allah dan jasa dua orang tua. Manfaatkan waktu yang semakin suntuk. Memang aku tulis keseluruhan cerita ini semenjak tiga minggu lepas untuk seseorang demi sesuatu. Walaupun emosi aku kini mungkin berbeza tetapi aku tidak mahu mengubahnya. Selamat untuk dia dan selamat untukku. Untuk yang lain lain kali barangkali. Ini sesuatu untuk dia, habibi.

No comments: