Minggu ini kami menetap dalam dua rumah, kerana masih dalam usaha memindahkan barang ke rumah baru. Tambahan pula rumah baru belum ada air akibat tunggakan bil sebelumnya. Lagi menyakitkan, selepas Qadri bayarkan duit tunggakan sekadar untuk memasukan air kembali, paip pulak yang rosak. Jadi air tidak boleh dibekalkan lagi. Rumah ini sebenarnya, ditinggalkan oleh penyewanya pada malam hari selepas tidak membayar sewa dua bulan.
Sepanjang pagi Ahad, aku mengangkut barang aku dan menyusun kembali. Itu baru buku-buku, almari dan kotak-kotak. Melihat kotak-kotak yang berat dan aku menjadi bertambah letih. Berpindah rumah memang meletihkan. Jadi terpkasa aku selongkar juga untuk membuang beberapa barang yang dirasakan tidak perlu. Terpandanglah dua kotak telefon yang masih disimpan. Satu untuk telefon pertama Nokia 3315 dan satu lagi Nokia 1100. Entah dimana kotak telefon yang ke tiga. Sekarang adalah telefon ke empat.
Sejarah telefonku begini. 3315 itu aku beli selapas dapat PTPTN mengenangkan yang urusan di UM memerlukan sangat benda ni tapi selepas setahun ia hilang dalam jagaan bersama dompetku waktu aku tinggalkan bilik untuk bersarapan. Teman sebilik aku keluar ke tandas sekejap dan barangkali waktu itulah pencuri mengambil peluang. Aku sedar kehilangan setelah lebih sejam. Kemudian aku beli nokia 1100 yang kemudiannya terjatuh dalam teksi dan lesap. Tentu sahaja pemandunya yang ambil. Telefon ke tiga aku berikan pada adikku Hari Raya Aidilfitri yang lepas selepas mengalami sedikit masalah untuk menelefon dan perlu di on/off selalu (restart). Jadi dengan telefon ke empat inilah aku ambil semua gambar.
Kotak 3315 dengan koleksi 'housing'
Mahalnya harga telefon dulu, kad sim lagi la RM85.
Ini housing paling disukai, 'glow in dark' lagi
Dalam banyak-banyak telefon aku paling sayang yang pertama. Maklumlah sahaja berusaha ambil duit PTPTN untuk beli. Tambah lagi dengan top up sebulan sekali. Paling penting housingnya boleh tukar. Tidak begitu bosan sangat.
Kami akan cuba keluar hari Jumaat ini dari rumah sekarang. Banyak sangat kenangan di rumah ini. Jatuh bangun dan manis masin segalanya dirasai. Bertengkar, bergelak ketawa dan merajuk. Ah, segalanya indah. Terutamanya bila mengingati bekas teman serumah lain- shuq, firdaus, suhaimi, paqa’.
Aku boleh sahaja memilih rumah yang dekat dengan Putrajaya untuk mengurangkan kos minyak dan lari daripda sibuk KL, tetapi aku memilih untuk tetap di Taman Desa. Terutamanya dekat dengan UM, jadi senang mahu memerhatikan adikku. Dulu masa adik-adik lain belajar, aku tidak banyak meluangkan masa dengan mereka sebaliknya habiskan untuk adik-adik lain. Lagi, dekat dengan pusat membeli-belah, jadi lebih masa aku habiskan duit dengan cepat. Sepatutnya ini yang aku jauhkan. Ada nilai sentimental lain dan hajat yang belum tertunai sebenarnya, jadi aku terus mahu tinggal di Taman Desa.
Berpindah rumah ini aku harap bukan sahaja berpindah fizikal hajatnya. Biarlah aku tinggalkan segala perangai buruk dan membina amalan baru. Semenjak keluar dari UM terasa aku begitu bertambah jahat dan nakal. Mahu juga ku tinggal segala emosi yang tidak perlu, cukuplah bermain emosi. Mahu sekali menjadi Peng yang tetap ramah dan ditambah pandai bersosial dengan masyarakat sekitar terutamanya remaja. Kekal sebagai Peng yang pemurah (aku kira aku tidak pernah kedekut) cuma kali ini biarlah tidak mengungkit sumbangannya. Kekal sebagai Peng yang setia pada teman dan dilebihkan lagi dengan bertambah teman dari pelbagai latar belakang.
Mudah-mudahan aku dapat berhijrah dengan baik walaupun hanya berpindah ke rumah sebelah.

6 comments:
pindah umah ek???nnt cte la kronoligi pindah umah mcm ustaz hasrizal hehehe slamat berpenat
dah lama teringin nak berhijrah tempat.. new place, new people, new environment, new..new..and new.. tapi tak tau lah bile.. tunggu kawen kot..
p/s; knp eisya cam cepat je eisya ni..
ek eleh peng..
pindah umah sblh jer..hehe
neway, hows ur life skrg??
lama x jumpa..still maintain ke??
hahaha
eisha:: ustaz hasrizal pun pindah umah ke? dah lama x jenguk saifulislam
cik nur::hai dalam maksud p/s tu..
cam ni kena cepat kahwin la..
asrul:: mesti maintain la...
pe tah maintain nyer
kalau i nak housing glow in da dark tu bole?
bole jual kat muzium..
barang-barang lame mmg menguntungkan banyak orang..haha!!
abe peyus memang masih lagi abe peyus yang pemurah...hidup abe peyus..."Peng tetap Peng"....moga abe terus berkekalan...syukran
Post a Comment