Din mengenali engkau secara tidak langsung. Berkenalan beberapa ketika sebelum mengbawa engkau diajak mengikuti satu perbincangan (usrah) yang turut dihadiri oleh beberapa orang yang Din rasa patut dipilih. Memang Din tidak mempunyai agenda lebih penting selain menyampaikan Islam. Kenapa Din memilih engkau? Din merasakan yang engkau adalah antara orang yang bagus untuk disalurkan kefahaman tentang Islam kemudian engkau boleh menyampaikannya kepada yang lain.
Sedikit Din tidak mempedulikan tentang latarbelakang engkau. Cukuplah dengan apa yang terbentang di depan mata. Setiap kali perbincangan Din cuba mengaturnya sebaik mungkin, tetapi Din nampak engkau mengantuk juga seperti yang lain. Kadang-kadang terlelap. Din tetap kuatkan semangat.
Semakin hari engkau semakin popular, barangkali kerana kepimpinan engkau. Din tidak kisah tentang engkau. Banyak Din habiskan dengan teman-teman engkau yang satu perbincangan itu. Pada Din mengasuh mereka secara serius lebih perlu kerana dia mahu mereka menyampaikan Islam dengan lebih baik. Itu harapan Din. Lagi Din bukanlah rapat sangat dengan engkau.
Kemudian Din hilang mereka dari gemgaman, baru Din nampak potensi yang ada dalam diri. Din yang hampir-hampir putus asa menumpukan kepada engkau. Waktu itu Din kerap menangis kerana kehilangan teman-teman seperbincangan engkau. Din bukan menangis kerana engkau!!!
Din terasa begitu sendiri, sahabat-sahabatnya yang memperkenalkannya dengan jalan memahami Islam tidak sedikit mengambil berat tentangnya terutamanya kamu. Perkenalan Din dengan kamu juga secara tidak sengaja. Din dipilih menganggotai satu organisasi untuk menyampaikan dan memastikan Islam diamalkan. Kamu memang tidak serasi dengan Din kerana kamu memang orang besar organisasi.
Lalu Perkenalan menjadi lebih manis bila kamu banyak berkerjasama dengan Din dalam menghadapi tekanan dalam pengisi program Islam. Din yang jauh dari kamu jarang sekali menemani kamu. Bahkan tidak banyak benda yang kamu kongsi dengan Din. Lebih dari itu Din tidak tahu yang kamu juga berdepan dengan masalah besar. Sehingga kini Din sendiri tidak tahu masalah kamu. Tetapi kenapa Din masih mengingati kamu? Kerana ikatan dan perjanjian yang dibina. Janji itu Din sentiasa ingat kerana janji itu juga dengan Tuhan. Kamu dengan Din makin renggang kerana Din sibuk dengan program Islam di tempat engkau dan dalam masa yang sama menumpukan pada pendidikan.
Din banyak berfikir tentang engkau daripada kamu. Jadi tentu Din rasa lebih rapat dengan engkau daripada kamu.
Cerita bersambung…..
Sabarlah Gaza, In Sha Allah pintu kemenangan hampir tiba!
-
Assalamualaikum Sudah lama tidak mencatat di ruangan blog wordpress ini.
Allah SWT memberi sedikit kekuatan untuk menulis kembali dan mencatat di
ruangan i...
1 year ago

3 comments:
ske sngt wt to be coninue...aku dh la jns xsbr..hehehhehe...
kena baca sampai dua kali baru lebih faham...
soalan: apa beza engkau dan kamu ni peng?
halo bekas jiran depan bilik aku nie, jgn lupa add blog aku plak..aku dh add blog ko tu hek3..
Post a Comment