Thursday, January 29, 2009

Lagi Melompat

Balik ke Kelantan hujung minggu lalu aku cukupkan lagi koleksi lompatan aku. Inilah antara aksi yang paling aku gemari waktu ini. Melompat itu tandanya gembiranya. Maknanya aku mahu bebas dari segalanya. Bebas daripada masalah yang terbelenggu. Dengan deruan angin laut yang kuat aku terasa yang lompatan itu betul-betul memberi nikmat.

Kali ini jadual aku begitu penuh. Bermula dari hari Jumaat hingga ke Selasa. Sabtu dan Ahad betul-betul membuatkan aku tidak dapat bernafas dengan baik sehinggalah lompatan tadi. Melayani sahabat-sahabat yang datang ke Kelantan cukup mengujakan. Bahkan aku sendiri tidak menyangka aku dapat menempuhnya. Tetapi ada juga matlamat aku yang tidak tercapai. Tiba-tiba fikiran aku begitu bercelaru. Berpusing. Hasilnya lakaran-lakaran ilham tidak dapat aku laksanakan dengan baik. Maaf pada sahabat-sahabat yang tidak sempat aku jenguk. Itu saja masa yang ada.

Menemani sahabat-sahabat ke kilang batik dan mengunjungi kenduri perkahwinan mak sepupuku membuatkan aku banyak berfikir tentang jodoh dan nikah. Sahabat-sahabat yang semuanya sudah bertanda * menjadikan aku terasa rugi. Pertanyaan bapa saudaraku yang tidak habis-habis tentang pertunangan menjadikan aku begitu tersepit. Maklumlah cucu sulung dalam keluarga. Tetapi bermain dengan sepupu yang masih menyusu membuatkan aku mahu kembali ke zaman lalu tanpa memikirkan erti jodoh dan nikah. Ah, aku masih punya waktu untuk tidak memikirkannya sehingga angka ganjil kembali. Jodoh dan nikah bukan perkara main-main. Semuanya tentang duit, keluarga, masa depan dan lebih penting Islam.

Cacing kini sudah tinggal sebumbung dengan Abah dan Umi. Mudah-mudahan usaha gigih adikku menceburi bidang ini membuahkan hasil. Sempat juga aku menolong memindahkan cacingnya yang kesakitan. Dia sendiri kurang pasti sebabnya. Benarlah bertani ini bukan senang. Teringat novel Tunggu Teduh Dulu. Kalau aku pasti tidak dapat menempuh cabaran ini. Barangkali aku juga seperti cacing itu, medium aku kini kurang sesuai. Perlu dipindahkan ke medium lain. Apa mediumnya?

Kalau boleh aku mahu terus melompat supaya aku rasa bebas, sebebasnya. Biarlah dapat terbang tentu lagi indah. Tetapi cukuplah dengan aksi-aksi terlampau ini. Memang ramai yang jelik dengan tingkahku, tetapi kalau itu membuatkan aku gembira apa salahnya. Aku dengan caraku.

Sebulan untuk 2009 hampir berlalu. Masa benar-benar suntuk untuk aku mengajar perancanganku. Februari aku mahu rancangan kewangan dan karyaku berjaya. Juga untuk gerak kerja social. Jangan lupa tanggungjawab sebagai hambaNya dan anak. Satu lagi, menambah koleksi lompatan.

5 comments:

yummien straggy said...

mungkin kite bole meneruskan betol-betol usahe kite tu..

dalam setahun mungkin saudara sudh bole membuatkan pertanyaan pakcik saudara dari "bile nk tunang?" kepada "kamu ni biar betol?"haha!

p/s : calon perlu tunjok dahulu untok screening test..huhu!

Kinokids said...

uish. sori le kalo kedatangan kami ke kelantan menyebabkan saudara terlepas pandang beberapa perkara penting lalu tersesak dada dan nafas..huhu

rasa menyusahkan ler pulak.

aish.

taknak gi kelantan lah lagi..

=(

fairuspeng said...

yummien:: insyaallah..kita kuatkan usaha.. ada secreening test ke.. matilah aku macam ini..

Kino:: sedikit pun tidak menyusahkan.. bahkan terasa begitu terisi.. tetapi rancangan saat akhir itu benar-benar membuatkan semput.. tapi aku juga yang cadangkan sebenarnya..

datang la lagi.. umi pun suka kino... mana tahu boleh jadi menantunya..

Wan Syahida said...

peng, matlamat yg tidak tercapai? peng takde bgtau pun.. uhuk..

lepas ni peng lompat la berapa banyak pun. tak jelik pun. huhu

Eisha said...

jeles tgk peng yg ley lompat setinggi itu..huhuhu lompat tu melambangkan kite happy