Memang aku tidak pernah terfikir untuk menjadi seorang guru, malah menjadi pensyarah juga tidak mahu. Tetapi atas permintaan seorang kakak, aku mengadakan kelas tuisyen. Murid aku bukannya ramai sangat, tiga orang sahaja. Dua darjah tiga (Fatimah dan Nazira) dan seorang darjah satu (Zakuan). Semalam aku mengadakan kelas kedua. Penat sungguh mahu memastikan mereka memberi tumpuan semasa pengajaran. Rumah aku juga lintang pukang. Habis barang dijamah mereka, daripada kereta Shell hinggalh buah limau. Minggu lepas Mereka menghabiskan coklat Hariri. Minggu ini entah apa pula!
Fatimah dan Nazira tidak banyak masalah, cuma Zakuan susah sekali mahu pastikan dia menyiapkan kerja. Qadri, teman serumahku merangkap seorang guru pelatih menyebut kepadaku betapa pentingnya rancangan pelajaran dan alat bantu mengajar. Benarlah mengajar itu bukan kerja yang senang kerana mahu memastikan pelajar seronok dan berjaya. Teringat pada guru sewaktu di sekolah dahulu. Seronok menjadi anak emas cikgu. Tentu penat mereka melayan karenah bising kami.
Che Su, mak saudaraku selalu mengatakan yang kerjaya sebagai guru bukan sesuatu yang senang. Aku memang mengakui, tetapi di hadapan Qadri aku menidakkan! Pekerja seperti aku sekadar bekerja di pejabat tetapi guru perlu membawa beban ke rumah. Aku juga begitu tidak faham kenapa ramai sekali meminta KPLI dan DPLI sedangkan dahulu masa belajar tidak sekali terfikir untuk menjadi guru. Jadi selalu aku sebut bahawa inilah punca anak-anak bangsa tidak berkualiti.
Mengajar sejam sudah memenatkan, walaupun tidak perlu berlari. Ternyata cabaran sebagai seorang guru memang berat. Aku tidak tahu sampai bila aku boleh bertahan mengajar budak-budak ini. Kalau prestasi mereka tidak bagus lagi penat rasanya.
Sehingga waktu ini aku masih lagi tidak mahu menjadi seorang guru. Kenapa kamu berebut mahu menjadi guru? Cuba ceritakan.

6 comments:
sejak kecik lagi, mak dah bgtau jangan jadi guru sebab jadi guru ni pening kepala.
so sampai besar la dok pk jangan jadi guru. dah mind setting sejak kecik so tu yg tak pernah terpikir nak mohon course pendidikan. huhuhu
tapi dah ambil engineering ni, rasa menyesal plak. kalau boleh putar masa, mmg nak mohon pendidikan....
sebab? sebab seronok kalau kita dapat tengok hasil didikan kita yang berjaya.
mmg mencabar jadi guru ni...dulu penah ade pengalaman ajar tusyen hu penatnye...yg mencabar nye budak tu kristian tau...kat umah siap ade lambang salib n bible lagi atas meja..hu pengalaman tul!! tapi skrg da tak ngaja da...da tak larat :P
Shye:: oo.. Shye pun nak jadi cikgu ye.. mesti betul2 tabah...
Eisha:: peng pun tak tahu sampai bila boleh sabar..
semalam baru dpt tahu seorang kawan balik dari sabah sebab tak tahan dok pedalaman sangat.. ni lagi satu cubaan besar..
saya cikgu tuisyen.
dah ada pengalaman dalam lebih kurang 5 tahun
saya memang seorang yang sangat tidak sabar dan garang
masa mula-mula mengajar memang susah nak tahan sabar
tapi rasanya selepas mengajar budak2 ni, tahap kesabaran saya agak meningkat sedikit..huhu
dan ia juga mendatangkan pendapatan yang lumayan. ho yeah!
sebenarnya itulah mind-setting most of us yang kata jd guru senang..nak2 die tu perempuan..
Tp as a teacher,akk never regret what i choose.Why?Akk kenal who i am masa jd guru ni..Setiap hari muhasabah diri(satu perkara yg jarang2 akk wt dulu).. Akk rasa akk menjadi diri akk sendiri..Luvly feeling to myself(ayat sentimental pulak)..
Cuma,firstly betulkan niat nk jd guru..Dan peganglah kata"Mendidik adalah Untuk Dididik"..
Selamat Beramal..
Zakuan???hehehe...Tp Zaqwan ni baik n ok je....ko guane be?haha...
Post a Comment