Selalu sahaja orang menyebut, buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. Seperti seseorang yang melakukan kejahatan akan dibalas juga akhirnya. Kalau mencuri, pasti suatu hari nanti akan ditimpa malang.
Aku bersetuju dengan buat baik dibalas baik. Jika orang melakukan kebaikan kepada kita tentu sahaja kita perlu membalas budinya, barulah disebut mengenang jasa. Tetapi jika buat jahat dibalas jahat itu tentunya tidak! Kita tidak patut membalas perbuatan jahat orang lain dengan mengenakan sesuatu kepadanya. Kata “Padam muka!” juga padaku sungguh biadap! Apatah lagi mendoakan keburukan atau agar dia ditimpa musibah. Berdoalah agar dia dikurnia hidayah.
Selalu saja cerita yang dipaparkan menerusi televisyen memaparkan orang yang jahat akhirnya mati terbunuh. Sungguh tidak memberi pengajaran! Padaku biarkan yang jahat itu ditimpa sesuatu (takdir) hingga akhirnya dia insaf dan kembali ke pangkal jalan. Lebih baik menerima hukuman dan akhirnya menjadi seorang yang lebih hebat imannya.
Malam ni, perlawanan antara Malaysia dan Indonesia tentu sekali mengundang seribu perasaan. Benar, ada perlakukan di kalangan peminat Indonesia yang menguris hati kita rakyat Malaysia. Namun kita janganlah bertindak tidak bijak dengan berlandaskan buat jahat dibalas jahat. Jika Malaysia menang dengan aman malam ini, apa salahnya jika kita memuji sedikit persaingan hebat yang diberikan Indonesia. Malah jika ada provokasi yang diterima pemain usahlah kita melenting dengan pelbagai status di muka buka. Padaku, tentu sahaja kita sama juga dengan mereka yang mengencam kita dengan pelbagai herdikan! Begitu juga jika Malaysia kalah ( tentu sahaja kita tidak mahu!), ambillah sikap sederhana. Reda dan jangan keterlaluan.
Semoga Malaysia menang malam ini!!

3 comments:
hukum karma ni..jahat di balas jahat..hehe..
tngok vdeo penonton indon terajang coach pencak silat vietnam best.tp coach tu tahan camtu je dan terus ank2 muah coach dtg belasah penonton tu..best2..coach mmg hebat giler..hehe
yeaaaaa..Mesia menang.
Time kasih abg badd..
Sifu: tengok juga video tu.. ganas betul kan?
Ana: Abang Badd!!!!?? Adik ke..hehe
Post a Comment