Friday, November 18, 2011

Bingkisan Sebuah Perjalanan

Minggu lepas aku berkesempatan ke Johor, melewati Yong Peng sebelum ke Johor Baru untuk sebuah undangan. Sewaktu tiba di Yong Peng, bas menolak aku keluar ke sebuah medan selera. Menunggu Kay mengambil aku, banyak juga gelagat manusia yang boleh ditonton. Satu yang amat menyakit mata adalah apabila seorang lelaki Melayu menghisap rokok di dalam kawasan medan selera berhawa dingin sedangkan orang lain melakukannya di kaki lima. Agak kurang ajar! Walaupun tidak memiliki pintu khusus sepatutnya dia tidak melakukan demikian. Aku sebenarnya tidak selesa menghadapi perokok yang rakus merokok di kedai makan. Ah, situasi ini memang biasa, tetapi sebagai perokok mereka sebenarnya harus menghormati orang lain.

Namun mujur ada sesuatu yang mengubat hati. Ketika semua orang membiarkan sisa makanan (temasuk pinggan dan gelas) di atas meja seorang lelaki Mat Saleh mengemasnya sendiri dan meletakkan di tempat yang disediakan. Walaupun sebenarnya troli itu digunakan oleh pekerja bukan khas untuk pelanggan meletak makanan, tetapi usahanya benar-benar menyentuh hatiku. Kenapa selalu sahaja kesedaran sivik begini tidak timbul di hati aku. Aku selalu makan dan meninggalkan sisa. Di tempat aku bekerja, praktis mengembalikan sisa makanan ke dalam bekas yang disediakan juga kurang berhasil. Ramai juga pelanggan yang sengaja membiarkan sisa di atas meja.

Setiap kita punya prinsip dan cara tersediri. Tetapi aku rasa kita perlu juga prihatin dengan masyarakat. Sekali-sekala belajar menjadi lebih indah ketika perjalanan sungguh menarik.

Maaf pada rakan-rakan kerana aku selalu menyusahkan pada setiap kali perjalanan. Terasa hendak juga memiliki kereta. Ah, biarkan dulu! Selagi boleh susahkan aku akan Cuma susahkan semahunya kerana itu adalah nikmat ukhuwah!

Maaf juga pada Oya kerana tidak berupaya menunaikan permintaan. Barangkali boleh dicuma sesama majlis kamu nanti!

Takziah untuk Kak Nana kerana kehilangan nenek tersayang. Semoga nenek ditempatkan di Syurga Firdaus.


No comments: