Friday, November 11, 2011

Perwira dan Wang

Masa kecil dahulu (sekitar umur 9 tahun ke bawah), kalau sesiapa bertanya besar nanti nak jadi apa, ramai yang akan menjawab superman atau ultraman. Mungkin juga ada yang akan menjawab mahu jadi doktor, askar atau polis. Sebabnya mudah sahaja, dapat menolong orang lain. Menjadi adiwira kepada masyarakat adalah impian yang dimiliki oleh setiap kanak-kanak. Dengan semangat itu jugalah aku membesar barangkali (sebab dah tak ingat sangat cita-cita masa kecil apa), memikirkan bagaimana boleh membantu alam.

Masa berlalu dan aku sewaktu di usia ramaja, aku mula menukar cita-cita menjadi pensyarah kerana aku memang suka bercerita dan bersyarah. Maklum saja pernah mewakili sekolah dalam pertandingan bercerita. Kemudian selepas PMR aku mula menukar cita-cita menjadi jurutera setelah melihat kejayaan dan kegemilangan di dalam bidang itu. Akhirnya selepas mendapat keputusan SPM sekali lagi aku menukar mahu menjadi doktor kerana keputusan yang memberangsangkan.

Hari ini, aku belum pasti apa cita-cita aku. Doktor dan jurutera tentu tidak! Yang sering aku fikirkan adalah mendapat pulangan yang baik (wang) untuk mengumpul kekayaaan seterusnya mampu untuk memiliki aset-aset hebat dan juga berkahwin. Tentu saja aku punya impian untuk mengadakan masjlis perkahwinan ala-ala kayangan, memiliki kereta yang gak dah hebat, tinggal di rumah yang indah dan memiliki koleksi pakaian mahal-mahal.

Semakin meningkat usia aku kira aku menjadi lebih materiaistik. Uh, siapakah yang harus aku salahkan? Adakah dunia ini sungguh kejam hingga setiap saat adalah emas? Aku mahu kembali ke zaman kanak-kanak, tanpa wang dipoket boleh menjadi Hang Tuah yang menabur jasa kepada masyarat.

p/s: hari ini 11.11.11, New Straits Times mengeluarkan surat khabar edisi 3G dengan kaca mata percuma. Jangan lupa dapatkannya!

3 comments:

Eisha said...

zaman sekarang zaman duit..jd logik cita-cita berubah mengikut zaman :p

tapi apa-apa pun biarlah mengejar cita-cita yg tak bertentangan dengan prinsip :)

budak penjara said...

haha..bnyk jugak cita2 dia tym kecik ye..pe2 pon..smua rzki di tangan tuhan..kadang2 cita-cita yg x penah kita idamkan pon,tp tu lah rzki yg allah bagi pada kita

fairuspeng said...

Eisha: Itu la.. nak cari cita-cita yang sesuai tu agak susah

Sifu: ada la skit-skit.. sifu mesti lagi banyak kan?