Aku paling gemar menghabiskan masa di pusat membeli-belah. Midvalley adalah tempat yang paling hebat padaku. Selain mempunyai gedung membeli-belah hebat, hampir semua kedai barang berjenama (The Garden), memilik gedung MPH antara terbesar, pawagam yang menawan (kerusi dan makanan) serta juga menjual takotau (makanan Jepun yang dijual di Jusco). Kawasannya juga cukup luas untuk dihabiskan selama sehari. Cuma yang agak menyecewakan adalah pusat boling, lebih baik ke Wangsa Walk atau Mines.
Padaku aspek paling istimewa adalah suraunya. Sentiasa penuh apabila tiba waktu terutama waktu Maghrib. Kadang-kadang perlu beratur panjang. Suatu yang cukup indah. Mujur surau Midvaley lebih besar berbanding Wangsa Walk dan Mines. Jadi Midvaley masih lagi hebat! Cumanya aku selalu mengimpikan Midvaley mempunyai sebuah masjid, seperti KLCC. Masjid itu jika diisi dengan 15 minit tazkirah setiap kali selesai solat tentu hebat. Juga menyediakan Iftar apabila tiba Ramadan, barangkali solat sunat hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha) pasti lebih mengujakan. Bahkan mengadakan aktiviti korban, mungkin boleh menjadi tarikan pelancong. Inilah yang aku gelar masjid yang strategik kerana lebih dekat dengan khalayak. Barangkali tempat-tempat begini yang sesuai untuk Imam Muda, Ustazah Pilihan, Solehah dan peserta Akademi Al-Quran. Pasti mereka boleh menarik lebih ramai warga muda ke masjid dan juga ia akan sentiasa penuh. Barangkali jika masjid lebih dekat dengan pusat membeli-belah tentu sahaja hari Jumaat di pusat membeli-belah sedikit berbeza. Aku kira masjid perlu berada di dalam kawasan pusat membeli-belah seperti sebuah masjid di, Kotaraya, Johor Bahru.
Namun ada sesuatu yang menyedihkan. Seringkali lelaki yang gemar memakai baju kecil terlupa dengan aurat yang sedikit terbuka.. Kay yang kurus lagi tinggi juga memakai baju sedikit kecil. Bimbang auratnya terbuka, dia akan memasukkan baju ke dalam seluar ataupun mengenakan kain pelikat di bahagian luar. Cuma aku terpegun juga dengan taktik seorang muslim yang melipat bahagian belakang bajunya ke dalam tali pinggang. Lalu baju itu tidak akan terangkat. Sungguh satu idea yang baik. Aku kira mujur aku pendek dan gemuk, tiada kesempatan memakai baju kecil.

1 comment:
da lama x g midvaley...kotaraya apatah lagi..hehe..selamat datang ke jb yo hujung minggu ni..
Post a Comment