Wednesday, November 2, 2011

Ais Krim Percuma Untuk Ibu Mengandung

Mulanya aku terkejut juga dengan kenyataan itu. Tetapi apabila dua undang-undang lagi diberitahu, aku mula mencari hikmahnya. Ais krim itu juga percuma untuk anak yatim. Ketiga adalah tidak kira berapa jumlah duit yang diberi oleh anak-anak, ais krim tetap diberi walaupun 20 sen.

Itulah tiga undang-undang yang digunapakai oleh seorang sahabat yang menjadi penjual ais krim kepada semua francis. Katanya, undang-undang tersebut digubal oleh taukenya. Beberapa kali dia mengejar ibu mengandung untuk mengembalikan duit. Juga menerima sahaja duit yang diberikan oleh anak-anak kecil. Katanya, untuk anak yatim, jika dia mengetahui status mereka, maka duit mereka tidak boleh diterima.

Undang-undang ini digubal dengan rasional rezeki itu datang daripada Allah. Ibu mengandung diberi percuma kerana percaya itu adalah rezeki anak di dalam kandungan. Untuk anak yatim rasanya semua orang sedia tahu betapa membantu mereka adalah tuntutan besar. Manakala untuk anak-anak kecil yang datang dengan 20 sen, katanya insyallah aka nada rezeki lain. Melihat anak-anak kecil terliur dengan ais krim yang dimakan oleh rakan-rakan sungguh menyentuh hati.

Bila memandang tentang undang-undang, aku terlintas tentang keuntungan hasil jualan. Jika anak-anak kecil membayar 20 sen untuk ais krim RM1.00 bagaimana boleh mendapat keuntungan. Namun ternyata hasil jualan tidak pernah mengecewakan. Bahkan kadang-kadang hasil jualan mencecah RM1000 sehari.

Rezeki tentunya datang daripada Allah. Aku percaya dan aku yakin semua orang percaya. Namun keyakinan terhadap rezeki itu datang daripada Allah bagai sukar dizahirkan. Aku sendiri kadang-kadang berkira-kira untuk mengeluarkan duit setiap kali solat Jumaat untuk dimasukkan ke dalam tabung. Padahal Allah sudah berjanji betapa sedekah itu banyak hikmahnya.Aku patut menjadi lebih pemurah.

Bercerita tentang ais krim, teringat ais krim goreng! Kalau petang ini tidak hujan, boleh saja ke pasar malam mendapatkannya. Sedap sungguh!

4 comments:

illa said...

en fairus sila la melawat hecc bersama aiskrim goreng yerr

Wan Syahida said...

terharunya kerana orang pikirkan ibu2 mengandung. heheh.

p/s : masa mengandung mmg suka sgt makan ais krim..

budak penjara said...

lps ni nk jual ais krim 20 cen gak la..haha

fairuspeng said...

Illa: belum sampai putrajaya sik krim dah cair... nanti ko cakap tak sedap la


Shye:Lepas ni kalau shye nak jual kek.. bagi diskuan kat orang-orang bujang.. sebab orang2 bujang tengah kumpul duit nak kawen... derita tau... kan?


Sifu: Kalau sifu jual 20 sen mesti semua anak murid beratur....