Aku bekerja sebagai staf pengurusan, tiada hasil yang terpancar di depan mata seperti akhir usaha seorang kakitangan akademik. Hanya bonous di hujung tahuh. Hasil usaha seorang akademik tentu saja menghasilkan buah yang lebih manis. Mungkin dalam bentuk keputusan dan penerbitan (journal). Aku juga tidak mahu mengharap kepada bonus sahaja!
Bila yang aku harap hanya tinggal kemusnahan segala menbawa duka dan lara. Bila setiap kerja tidak dihargai. Juga tidak mendapat kerjasama daripada pihak lain. Semua mula berubah. Hati tiada lagi membawa riang dan semangat untuk bekerja. Prestasi mula merudum. Mujur demi sesuap nasi segalanya terpaksa aku teruskan juga. Semenjak berada di tempat baru perasaan itu masih belum wujud lagi. Syukur aku masih bisa tersenyum puas.
Saat-saat indah dihargai- jamuan sempena minggu setiausaha
Namun ada sisi lain dalam hidup yang membuat aku lemas. Aduh, sungguh sedih untuk meninggalkan jejak. Namun apakan daya. Kalau hanya aku (kononnya) berenang tetapi mereka masih lagi duduk termenung di pantai. Hingga akhirnya aku hampir lemas dengan kekuatan yang ada. Tiba juga waktunya untuk aku duduk sejenak. Lihat sejauh mana mereka akan berenang. Barangkali kalau ada antara mereka yang hanyut aku akan membantu. Aku masih belum puas berenang di pantai tarbiah ini! Tuhan, izinkan aku berenang di hujung tanjung yang lebih damai.

2 comments:
amboii..mkn sdp nmpk..hehe
btw..ni aku sifu..hehe..jgn kasi orang tau ye..saje wt blog baru..xnk bg ank murid tau..haha
wah.. gitu... sekali tengok entry dah berpuluh..
siot je... lupa anak-anak murid yang baik mcam kita...hehehe
Post a Comment