Monday, October 10, 2011

Sekuntum Bunga Semerak Api

Rasa rindu itu datang mengetuk. Aku duduk sejenak berfikir. Penat masih bersarang di benak. Tetapi yang indah tetap saja diingati. Hujung minggu selalu terasa begitu pantas. Aku masih bisa bersama kalian hingga saat ini. Mudah-mudahan terus akan menikmatinya. Rindu ini membuatkan aku mencari sesuatu untuk ditatapi. Mujur aku temui puisi biasa yang pernah aku karang sebelum ini. Sedikit rasa terubat rindu yang masih meliputi kalbu.


Sekuntum Bunga Semerak Api

Termenung aku ditepi hiruk rimbunan bata

Tercungap-cungap menghirup udara ingatan kembara

Menghimpun segar semangat demi selangkah amanah

Seorang tetamu berjubah putih menghampiri

Menghulur salam kasih

Menceritakan malar cinta sekawan setia

Berkampung di Bangi menikmati santapan rohani

Sambil bersenda gurau di sisi haba barbeku

Tetamu berkupih putih itu

Menyusun bicara uja

Menceritakan dingin jernih air Ulu Yam

Yang membaluti sasa jasad sekawan setia

Selepas diskusi sentosa pengalaman

Tetamu berjanggut lebat itu

Membelai rasa damai

Menceritakan lelah berlari di Bukit Cerakah

Mengintai indah alam di tengah lembah konkrit

Memburu musang terbang tiada berekor

Tanpa melupai waktu mengusap diri dengan ilmu

Tetamu sentiasa senyum itu

Melakar nakal telatah anak kecil Bustanul Ariffin

Mengharungi perit ria jauh dari renungan keluarga

Namun akrab dengan sabar didikan iman

Seorang pengembara ilmu yang teguh hasrat

Dan sekawan setia tekun mengutip hikmah

Tetamu berwajah seri purnama itu,

Berdiri memegang sekuntum bunga semerak api

Hadiah cinta alam untuk sekawan setia

Lambang kental meredah ranjau

Di taman raudhah tarbiah

Tetamu itu menggenggam tanganku

Sekelip mata deru pantai menggetarkan gegendang

Dalam lambungan ombak sekawan setia bertarung

Sebelum bersila membelai cinta ukhuwah

Memeluk erat membakar janji setia

Untuk saling menjaga bantu demi sebuah ikatan


Semalam singgah sekejap di UIAM. Bila ditanya mahu ketemu dimana. Mereka membalas di tangga besar. Rasanya lepas ini perlu aku tulis sebaris dua tentang tangga besar itu. Mujur UM tiada tangga sebesar itu. Kelak mantan pelajar UM juga barangkali berfikir sedemikian!

2 comments:

TulipKu said...

menunggu rangkap di tangga besar..

ana said...

Awak padai berpuisi..
sy tak tau pun..