Bercerita tentang bola, terutamanya Skuad Harimau Muda yang boleh dipanggil adik lagi banyak membuatkan aku tersentuh. Mereka masih lagi muda dan berupaya menyumbang kepada negara. Aku yang sudah berjanggut ni pun masih belum memberi sesuatu kepada negara! Nazmi Faiz yang lebih muda dari adik bongsuku juga sudah memberi manfaat kepada negara. Aduh!
Bila mengenangkan mereka, aku selalu teringat akan perjuagnan Sultan Muhammad Al-Fateh. Menjadi sultan pada usia 19 tahun dan kemudian menawan Konstantinopel pada usia 21 tahun. Sungguh dia juga masih lagi muda.
Rahsia kejayaan Sultan Muhammad Al-Fateh adalah pendidikannya. Ayahnya yang tidak berpuas hati dengan prestasi pendidikan waktu kecil melantik ulama tersohor sebagai murabi untuk membimbing. Benar kata orang tua-tua, melentur buluh biar dari rebungnya. Kalau aku bermain bola semenjak umur 5 tahun, aku juga boleh jadi pemain bola kini. Bahkan jika sewaktu kecil aku dilatih bermain piano, pasti aku boleh menjadi seperti Greyson Chance. Aku merasakan betapa didikan dari kecil adalah cerminan masa depan. Barangkali selain sekolah sukan, Malaysia juga patut ada akademi seni untuk kanak-kanak juga.
Barangkali aku boleh jadi pemain boling seperti Zulmazran Zulkifli jika main boling dari kanak-kanak
Sewaktu melihat kelibat pemain bola negara beraksi, aku terfikir jika suatu hari nanti anaknya berkata, “Abah, abang nak jadi macam Nazmi Faiz.” Pasti aku akan jawab, “Awak tidak cukup ‘jambu’lah”. Uh, bukan begitu jawabnya. Aku akan memastikan dia benar-benar meminati bola. Kemudian aku akan menghantarnya menjalani latihan bola. Tetapi aku ada syarat tambahan. Tidak mahu bercerita di sini sebabnya bunyinya terlalu poyo.
Teman-teman jika anak bertanya demikian, apekah jawapannya?


5 comments:
Main bowling mana ni?
aduhaiii...
maen boling bilo nie boh???
gano prestasi mrosot dh loni 2... hahaha
jom lawan boling..ak kalau men kurang 120 ke bawah mmg x sah..haha
baddrol bakhtiar .....bkan badrul bakhtiar...
huhuhu...abag bad yg cumel..
Iman & Fahmi: Wangsa Walk... dua minggu lepas... Tu la..
Sifu: Trun KL la kalau nak lawan.. hehehe.. cakap tak de bukti tak de makna..heheh
Ana... Uh.. salahkah? nanti betulkan
Post a Comment