Daripada duduk termenung, lebih baik tidur. Itulah yang akan aku lakukan jika stress. Semalam stress sungguh tidak boleh dikawal. Bebanan kerja yang ada sedikit memberi tekanan. Sudah beberapa malam tertidur di temani televisyen. Uh, tidur juga rasa tidak cukup walaupun sudah tidur hampir sepuluh jam.
Semalam aku tidur di kerusi pejabat ketika kawan-kawan sedang enak bersembang dan menikmati hidangan di mejaku. Otak tidak boleh berfikir. Sungguh luar biasa.
Adik aku kehilangan tunggangannya pagi semalam. Padah cuai. Tetapi aku yang tercalit juga dengan stresnya. Dulu waktu mengalami nasib yang sama. Aku balik tidur. Malas berfikir lagi. Mujur tungganganku dijumpai kembali. Alhamdulillah. Tersalah ambil atau ada yang main-main.
Selepas tidur malam tadi, sungguh terasa lega. Uh, bukannya nak kawal stres dengan menghadap diri pada Tuhan!!! Apa nak jadi Encik Peng ni!!

5 comments:
siannyer kat adik Peng, yang kat UM ni ker?? hilang kat mana?
laa ye ke kat mne ilangnye?da buat report?
Kalau stress, bleh gi tidur saja. Kalau sedih plak, apa cara utk mengatasinya? :)
Kak Mah: yup.. hilang kat umah peng....
Eisha: sudah dibuat
Syira: Keluar makan atau jalan-jalan. Tak boleh duduk rumah, nanti lagi sakit hati.
peng: ble nak add kmah ni??...huhuhu
Post a Comment