Sebelum ini heboh juga dalam email apabila ada artikel berkenaan kenapa orang Yahudi cerdik. Menurut artikel tersebut antara sebabnya adalah pemakanan dan asuhan. Aku jadi tertarik. Lantas terlintas dengan kata-kata yang selalu diluahkan oleh orang kampung, katanya orang kampung, kami semua cerdik- cerdik belaka. Antara orang kampung kami yang menjadi orang besar adalah Tengku Mahalel; bekas CEO Proton yang berjaya, Pahmin Rajab; orang kuat AirAsia dan Dr Rozmey; pengasas produk pelangsing yang hebat. Kalau ke mana-mana kampus universiti sekalipun orang akan sebut betapa ramainya orang Kelantan. Mana-mana pergi dalam universiti boleh dengar selanga yang cukup meriah itu.
Mari aku dedahkan kenapa orang Kelantan sungguh cerdik. Pertama kerana ibu-ibu kami sungguh cekap matemarik. Disebabkan ramai berniaga di pasar dan hanya mencongak tanpa menggunakan kalkulator dalam jual beli, lalu anak-anak yang membesar dalam kandungan juga terhadam dengan pengiraan. Tidaklah seperti orang Yahudi yang konon-kononya menghabiskan berjilid buah buku matematik untuk pastikan oatak anak cerdas.
Kedua kerana pemakanan. Kalau orang Yahudi bijak kerana makan ikan segar. Orang Kelantan makanan berasakan ikan ini memang sebati. Malah seingatku semenjak kecil memang kami jarang makan ayam atau daging. Keropok memang menjadi jajan setiap petang. Malah setiap kali makan utama dalam sehari mesti sekurang-kurangnya ada budu. Soal khasiat budu ini tidak payak aku ceritakan. Baca saja di sini.
Jadi, tidak perlulah mencontohi orang Yahudi kalau ingin anak menjadi cerdik. Contohilah kami, rakyat Kelantan. Kalau nak tahu rahsia kami yang masih banyak, jemput ke rumahku. Bawa seekor ayam golek dan setandan pisang ‘galo’.
Walaubagaimanapun aku tetap percahaya bahawa persekitaran juga penting. Kadang-kadang aku terfikir juga kenapa Rasulullah dibawa jauh ke pedalaman tinggal bersama Halimatun Sa’diah. Udara di Kelantan masih sungguh segar. Subur menghijau.

No comments:
Post a Comment