Persimpangan. Berapakah persimpangan yang dilalui dalam kehidupan?
Persimpangan Satu. Habis UPSR, aku termenung. Ikut kawan-kawan atau buka langkah sendiri. Aku buat pilihan seadanya. Alhamdulillah, jalan yang aku pilih sesuai dengan jiwaku. Membesar di ladang baru. Kawan-kawan sewaktu kanak-kanak terasa hilang dikesibukan mengejar bas setiap pagi dan kepenatan lebih separuh hari meniti kehidupan sebagai pelajar. Kami tiga sekawan lalui jalan berbeza hingga kini sungguh kami tiada masa duduk semeja. Persimpangan ini betul-betul memisahkan kami.
Persimpangan Dua. Aku pilih untuk terus melangkah ke depan. Menolak jalan di kanan. Syukur Tuhan membawa aku kepada satu pengjagaan. Terasa aku sungguh kerdil. Adik-adik di sekeliling lebih besar. Memilih untuk kekal di Pasir Pekan adalah keputusan paling tepat hingga kini. Kawan-kawan sungguh membantu. Berjalan memimpin tangan bersama sungguh indah.
Persimpangan Tiga. Jalan hanya ada dua. Ke kiri atau ke kanan. Aku pilih ke kiri, walaupun seolah langkah songsang. Aku banyak belajar di tanah lembah ini. Sungguh bandar besar yang mencabar. Tinggi impian yang harus digapai. Aku belajar betapa hidup ini sungguh banyak rintangannya. Mampukah aku kekalkan pecutan? Aku lebih mengenali manusia. Belajar melangkah di bumi asing. Sungguh teman-teman banyak membantu. Aku tidak mahu kehilangan mereka. Namun aku tidak pernah rasa kehilangan teman di perimpangan kedua walaupun kami memilih jalan berbeza.
Persimpangan Empat. Aku pilih segalanya sendiri. Tanpa sesiapa mengaturkan. Inilah persimpangan yang keputusannya aku rasa cukup yakin. Tapi aku silap. Jalannya lebih mencabar. Aku terjatuh beberapa kali. Kembali bangun membuatkan aku banyak lupa pada tangan-tangan yang ada di sekeliling. Teman di persimpangan dua dan tiga kekalkan bersama. Namun banyak aku pentingkan diri sendiri. Pertama kali aku belajar betapa kehidupan sungguh sukar. Terlalu banyak yang melanda. Ombak, ribut, kemarau dan banjir semua ditempuhi. Kadang-kadang aku menyesal memilih jalan ini. Membina kasih atau menjual sayang.
Persimpangan Lima. Aku mengikut arus. Terus melangkah tanpa bicara. Kalau ada rintangan aku hadapi dengan tenang. Cabaran paling hebat. Ada yang datang membawa gembira. Ada yang pergi membawa duga. Saat ini menduga betapa hidup bukan sendiri, hidup adalah kombinasi segalanya. Teman sepanjang persimpangan lain terus di sisi. Itulah yang paling menyentuh hati. Cinta dan kasih yang digabungkan dengan harapan adalah kunci kepada perjalanan bersama teman, keluarga dan agama. Setiap hari melalui persimpangan. Memerhati langkah-langkah yang memilih untuk ke kiri atan ke kanan. Aku masih menunggu untuk persimpangan kelima. Setiap simpang yang ditempuhi masih bukan milikki. Namun dia setiap simpang cukup meninggalkan kesan. Sedih dan gembira adalah realiti yang harus dinikmati dan rela menerima.
Persimpangan satu adalah hujung usia 12 tahun. Persimpangan dua, hujung usia 15 tahun. Persimpangan tiga hujung usia 17 tahun. Persimpangan empat, pertengahan usia 19 tahun. Persimpangan lima awal usia 23 tahun. Lewat usia 26, aku masih menunggu persimpangan enam.
Terima kasih kerana banyak menemani di setiap simpang
Persimpangan enam. Sungguh aku takut untuk mendepaninya. Kalau di sini aku sudah banyak kecundang. Bagaimana manu menumpuhinya nanti?
Tuhan, aku sungguh tidak tahu bilakah persimpangan enam akan aku tempuhi. Namun berikahlah aku kekuatan untuk terus melangkah hingga persimpangan enam.
p/s: Sungguh omelan ini terasa begitu terlampau. Barangkali berjiwa karat

5 comments:
Adik, hidup tanpa simpang, maka statik la kita. Pabila statik, tiadalah makna disebalik semuanya itu. Semakin banyak gar berada di simpang yg perlu diharungi, semakin cekal jiwamu itu yg Allah nk lenturkan..Yakinlah adik, keberadaanmu di mana2 sudut kakimu berpijak, pasti ada sebab mengapa Allah mengkehendaki dirimu berada di situ...Mara lah ke hadapan dengan gagah dan berani...usah dilupa mohon petunjuk dari Tuhan agar Dia sentiasa memimpinmu menuju jalanNya yg satu!!!!!
Terima kasih kak, nasihat yang cukup berguna.
Peng: ku dipersimpangan dilema!...huhuhu
teruskan perjlnan menuju ke arah persimpangan yang seterusnya =)
Kak Mah: Macam lagu artis kegemaran saya zaman kecil-kecil... zaman tak pernah fikri pasal persimpangan.. tapi lagu tu, dulu saya hafal bukan main.
Alia: mudah-mudahan saat itu tiba dengan seribu rahmat!!
Post a Comment