Thursday, October 14, 2010

Lebih hebat daripada MLM

Sedang memikirkan untuk mendapat pekerjaan yang lebih bagus, lebih lumayan dan boleh disesuaikan dengan waktu masing-masing. Tidak perlu berusaha keras selama 8 jam. Memadai dengan hanya 3-4 jam. Malah aku kira lebih lumayan daripada MLM yang terpaksa bersengkang mata di malam hari. Ikuti kisah ini!! Mungkin memberi inspirasi kepada anda.

Utusan beberapa hari lalu memaparkan betapa untungnya pengemis di ibu kota. Dengan hanya berbekalkan tabung dan berdiri di mana-mana pusat membeli-belah tumpuan, wang sebanyak RM100 lebih dapat diperolehi dalam masa dua hingga tiga jam. Uh, sungguh lumayan. Jadi tidak hairanlah kenapa ramai pengemis di setiap inci kota - pasar malam, kedai makan dan tepi jalan yang sibuk.

Pernah sekali aku di datangi seorang lelaki yang aku kira berbangsa India berdekatan Masjid Ar-Rahman, UM. Mengaku sebagai muallaf dia meminta duit sebanyak RM4 untuk pulang ke Klang. Tanpa banyak soal, aku menghulurkan sedikit lebih. Dia berterima kasih dan aku berlalu.

Sekali lagi aku singgah di masjid tersebut dan menemuinya sedang berunding dengan seorang lelaki. Lalu yang tercetus di hati adalah lelaki ini menipu. Kali kedua aku diajaknya berunding adalah sewaktu aku menunggu seorang teman selesai solat. Kali ini dia meminta juga tetapi aku tidak menghiraukan. Kunjungan ke masjid tersebut beberapa kali menemukan aku dengannya lagi. Cumanya aku tidak berurusan dengannya.

Malang sungguh kerana aku tidak pernah menyoal tindakannya apatah lagi mengambil apa-apa tindakan. Malah aku yakin pengunjung atau kakitangan masjid tentu saja pernah melihat atau terlibat dalam urusan rundingan dengannya. Ternyata orang Malaysia begitu lembut dan simpati kerana tidak pernah mengambil tindakan. Juga terlalu pemurah!!!

Apa yang harus kita lakukan kini? Barangkali aku boleh melaporkan kepada Mazidul Akmal Sidek supaya dilaporkan dalam 999. Tindakan sendiri? Aku memilih untuk tidak memberi derma kepada semua yang berkeliaran di jalanan. Termasuk orang buta yang meminta sedekah di kedai makan. Mungkin aku sedikit boleh bertimbang rasa dengan makcik yang menjual kerepek seperti di Ali Kafe tetapi tidak kepada anak-anak kecil berkulit gelap yang memaksa untuk bersedekah.

Kontrak aku habis bulan 12 ini. Kalau lepas ini jumpa aku di sekitar bandar KL, jangan segan-segan untuk hulurkan nota berwarna biru atau hijau. Nota merah digalakkan. Pulangannya? Mungkin aku boleh belanja makan di Ar-Rawsha selepas beberapa minggu. Kalau sehari boleh mendapat RM300, 10 hari sudah cukup untukku. Eh, kalau buat secara sambilan di hujung minggu juga lumayan. Urmmm.. bunyinya menarik!!!

5 comments:

muzam said...

sangat menarik!!
boleh buat bayar ptptn...

Pohonhijau said...

itulah KL...macam2 adaaaa....

Teratak Matahari said...

lebih baik memberi daripada menerima :)

fairuspeng said...

Me: jom.... kita selesaikan PTPTN

PohonHijau:Tapi yang ni luar Kl pun ada juga

TeratakMatahari: minta 4K.... boleh?

Teratak Matahari said...

urm... kalau ada mungkin diberi.. tapi sanggupkah kita meminta-minta dr org lai? rasanya kalau kt yg memberi mungkin akan dapat lebih ketenangan dalam hidup :)..