Tuesday, November 2, 2010

Piala Malaysia, Maher Zain dan Galas.

Walaupun aku bukan peminat tegar bola, tapi aku menonton juga kerana orang kiri kanan depan belakang semua bersungguh-sungguh menonton. Gigih mencari tempat di malam hari ketika sedang bercuti. Separuh masa pertama berlalu begitu saja, hanya pesanan sms yang menceritakan gol pertama. Kemudian baru menyedari betapa ada radio dalam kereta yang tidak diusik. Terlambat!! Separuh masa kedua, apabila sudah duduk di depan televisyen, apa lagi yang boleh diluahkan apabila jaringan gol. Jeritan yang bagi aku cukup terlampau. Tapi aku percaya itulah yang lahir daripada kekuatan jiwa seorang pejuang.

Namun yang lebih mengujakan adalah perjalanan pada hari Ahad. Kenderaan dari arah bertentangan bukan saya mengibarkan bendara merah malah juga bendara hijau. Sungguh mengujakan. Namun yang lebih memikat adalah betapa masing-masing berkomunikasi dengan lambaian lampu tinggi. Aku yang pada mulanya ingatkan petanda kehadiran polis, akhirnya memahami betapa sungguh teruja meraikan bersama-sama. Setiap kali ada lampu tinggi, jantung berdegup kencang. Kijang berpesta!!

Perjalanan yang indah itu sungguh hebat dengan segala gelak ketawa dan senda gurau. Lama tidak bersama ternyata sedikit tidak membezakan keakraban yang ada pada sebuah ikatan. Mendengar lagu Maher Zain lagi mengujakan. Hingga baru aku sedar betapa lagu Always Be There tiada dalam koleksi. Walaupun ada orang yang sudah muntah dengan Maher Zain, aku masih boleh tersenyum. Malah hilang rasa mengantuk apabila menyanyi bersama Maher Zain. bahkan tidur malam bertemankan suaranya.

Kemenangan pasukan kijang kepada rusa membuat semua tersenyum puas. Aku yang teruja dengan keseronokan di sisi, melihat sahabat sungguh menikmati kemenangan mengirimkan sepatah kata kepada beberapa teman. Tetapi di lubuk hati, rasa teruja seharian bersama akrab kasih sebenarnya lebih menguntum daripada melihat rusa tewas. Ada seorang teman menyusuri smsku dengan kata indah yang cukup buat aku berfikir lebih dalam, bunyinya, “ Tidak dapat digambarkan perasaan ini. Memang Allah sudah mengaturkan jalan terbaik menuju Galas.”

-Ihsan Harian Metro-

Piala Malaysia dibawa ke Galas.

Tercari-cari juga di manakah bendera biru gelap antara bendera hijau dan merah yang berkibar sepanjang perjalanan. Ternyata tiada. Malah yang ditemui adalah anak-anak Pahang mengibarkan bendera merah menyambut rombongan penyokong kijang. Semoga Galas membuatkan kita lebih tersenyum.