Seminggu yang memenatkan! Menyertai program anjuran bahagian ke sekolah-sekolah rendah sekitar Putrajaya memang memerlukan banyak tenaga. Dua buah sekolah dilawati setiap hari bermula seawal 8pagi hingga 12 tengah hari membuatkan saya lembik. Melayan karenah adik-adik kecil yang tidak begitu nakal tetapi menghiburkan seolah-olah hilang segala makanan yang diambil seawal pagi. Tenaga mengalir seperti air mengalir. Sungguh tidak pernah mengalami kepenatan begini. Pulang ke pejabat selepas tengah hari terasa mahu mencari bantal dan kipas.
Beberapa permainan diatur seperti saidina versi sihat dan dam semut versi pemakanan di samping menguruskan sedikit soal selidik rasanya lebih ringan berbanding menguruskan sesi P&P sepanjang hari. Itupun kami tidak bergerak dari satu kelas ke satu kelas, hanya menguruskan adik-adik yang sedia berkumpul di dewan. Kadang-kadang aku terfikir sendiri bagaimana seorang cikgu boleh mengurus dengan baik segala tenaga yang ada. Jika aku, pasti akan lembik. Terlintas juga betapa syukurnya aku tidak pernah memilih untuk menjadi seorang guru.
Sungguh pengalaman ini mengajar betapa kerja guru bukan indah kerana biasa mereka menyebut betapa guru hanya bekerja separuh hari dan selebihnya boleh bersenang lenang. Kalau aku menjadi cikgu, pasti separuh lagi hari itu untuk tidur. Kalau sekarang pun, Cinta Chandury selalu menemani tidur, kalau jadi cikgu pasti otak tidak boleh berfungsi sehingga Puteri Mayang Sari datang mengejutkan.
Pengalaman ini juga buat aku sungguh berfikir betapa pendidikan anak-anak bukan mudah. Kalau umur sebaya ini tenaganya cukup melebihi tenaga yang aku ada, bagaimana boleh aku kekal aktif. Malah aku terfikir juga, kini kalau balik yang aku tahu hanya merehatkan diri, bagaimana menangani kepenatan itu untuk melayan anak-anak. Patutlah jodoh masih belum sampai-sampai, mungkin kerana aku masih belum bersedia menanggung segala tanggungjawab.
Tetapi otak kini lebih ligat berfikir betapa hidup sebatang kara bermula bulan depan adalah cabaran paling hebat. Oh, sungguh seperti berada di dalam hutan barangkali!
Ini ada pantun yang aku jumpai di sebuah sekolah. Sungguh menarik untuk ditenung lama-lama. Terutama untuk pemuda bujang seperti ku.

4 comments:
titipan-titipan aktiviti terakhir di kantor...
mcmana Peng?..sambung ke??
bukan saya mengejar kolek...
saya mengejar papan tunda...
bukan saya mengharap molek...
saya mengharap budi bahasa...
Mel: ada lagi aktiviti lain nanti... dengan adik nurul pun ada aktiviti lagi...
kah mah: dah cerita hari tu kan.. mudah-mudahan terjawab...
Fahmi: ni bakpo ni... terpesona dengan pantun tu ko?
Post a Comment