Kita tanya Nazim tentang khabar berita suka sedih Putrajaya. Nazim membalas dengan senyum tiada dihulur putih giginya. Tiadalah kita balas dengan senyum, bahkan kita lirik sahaja dengan hujung mata. Kalau Nazim mahu bermain senyum kita barangkali lebih senang selesa dengan lirik cuma.
“Putrajaya tiada lagi di sisi, tinggal cuma kenangan rindu,” tutur Nazim.
“Matahari di sisi jalan lebih dekat, tapi belum kita serasi,” sambung Nazim dengan langkah maju meninggalkan kita sendiri.
Lama juga kita duduk termenung senyum memikirkan segala kata bicara Nazim. Mujurlah minggu ini kita singgah sekejap ke warung biru muka, tahulah kita betapa Nazim sudah lama tiada singgah di Putrajaya. Bahkan ada warkah separuh terbuka yang Nazim kirim untuk putera puteri dayang hulubalang Putrajaya. Senang mudah tiada berbelit panjang. Ujarnya pendek dengan serangkap pantun.
Puteri beradu di tanjung jeti
Mengait cermai memetik keria
Hamba rindu berbunga hati
Putrajaya permai taulan setia
Ingin benar kita membalas warkah yang tiada tuju untuk kita. Lalu kita karang tulis sebuah pantun juga supaya kelak Nazim tahu kita juga boleh berseloka gurindam.
Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang lalu
Rindu tuan dibalas semat
Rindu hamba dipijak dipalu
Namun tiada sampai hati kita mengutus balas surat itu, akhirnya ke bangkul buang juga. Kita ini bukan kacak tiada terkenal. Tapi kita tetap rindu pada Nazim dan sekalian dayang hulubalang. Nanti kita bakal rindu lagi pada seorang putri yang kelak bakal berkampung di tampoi hutan.

3 comments:
Rindu Roti John Putrajaya..huhuhuhu
sampaikan salam teman pada nazim gagah..
rindu benar teman dengan nazim..
putrajaya hilang seri tanpe nazim di sisi :(
Faraulah: jom kita ajak nazim gagah makan roti john... suruh dia belanja
Oya:baik... nanti kita ajak nazim gagah berlari di tepi tasik sama-sama...
Post a Comment