Thursday, December 16, 2010

Makan Lagi Tapi Falsafah Juga

Aku berjalan di sebuah kawasan yang kurang orang Islam berniaga. Memilih makanan menjadi suatu masalah. Tambahan pula di kawasan yang aku tidak biasa.

“Mari, saya tunjukkan awak tempat makan. Ada orang boleh senang saja memilih kedai makan, tapi bagi saya makanan penting. Jadi saya pilih tempat makan. Tidak mahu solat saya 40 hari tidak diterima.”

Hati saya tersentak juga. Selama ini tidak pernah saya berfikir begitu. Memang memilih makanan halal menjadi kepastian, tetapi bukan alas an itu yang keluiar dari hatiku. Kali ini betul-betul membuat aku berfikir.

Kadang-kadang aku rasa kita sudah terlebih persediaan, tetapi aku tidak pernah mengetahui berapa kukuhnya alasan itu dicipta.

Satu lagi berlaku beberapa hari lalu…

“Oh, sudah pergi kenapa tidak pakai gelaran haji?” Tanya seorang non-muslim kepada seorang muslim yang telah menjadi tetamu Allh tetapi Hj tidak diletakkan di hadapan namanya.

“Buat apa, bukan dapat elaun pun?” lawaknya.

Kemudian dia memandang aku dan menyambung, “ Saja bergurau.”

Tapi guraunya ada betul juga, kenapa perlu diletakkan gelaran itu kalau tidak memberi apa-apa sumbangan yang signifikan kepada kehidupan. Lagipun hujah dia lagi, itu adalah antara dia dengan pemilik.

Hujung minggu lepas, aku ke Midvaley menemani seseorang mencari haruman untuk hantaran perkahwinannya. Aku sekadar bertanya apakah alasan. Jawapannya adalah untuk memastikan temannya sentiasa dalam keadaan baik. Bila bergerak dari satu kedai ke satu gerai aku mula bertanya haruman apakah yang si dia selesa, dia menjawab bahawa bau itu dia yang pilih kerana dia yang akan menghidunya.

Kemudian aku bentangkan sedikit idea, betapa kalau aku. Haruman itu akan ditukar dengan jam. Alasannya kerana jam itu kelak boleh kekal hingga anak cucu. Boleh menjadi ingatan yang berpanjangan.

Cuba teka, apakah yang kami beli? Haruman atau jam?

Itu sekadar falsafah yang sedikit daripadaku. Apa falsafah kalian tentang hantaran?

5 comments:

faraulah said...

kalau akk..akak nak kedua2

Eisha said...

sebagai seorg yg tamak..sy nak dua2 dan handbag sekali!! tak bole negotiate! mukatamad!

muzam said...

due org akak kt ats ni sgt ganas haha..gurau jek
beli ikut kmampuan je..

fairuspeng said...

kak mah: ye la.. kalau hendak tu boleh je minta.. tinggal nak beli ke tak je la...
tanya soalan lain.. lain yg jawab.. sungguh cemerlang...hahaa


Eisha: ni pun sama... tak jawab soalan langsung. hahaha...
semua gucci punya kan?
LV ada jam ke?
perfume?

Mel: faraulah tu lebih ganas...
eisha x ada la ganas sangat.. cool je.. hahaha
tapi aku rasa kau lagi ganas

faraulah said...

wottt...ko kata akk ganazz Peng?