Thursday, April 29, 2010

Cerita Putra Eskandar Nazim Gagah: Siapakah FIrda?

“Siapakah Firda Anggun?” soal kita tidak dapat lagi menahan hati, mahu benar tahu tentang sejarah Firda Anggun. Kiambang Intan masih diam. Nuratihrah Angsana juga sama tidak serupa kekal senyum manis sambil membetulkan pin pada kain lepasnya.

“Siapakah?” lagi kita tanya dia sabar.

“Intan ceritakan saja.” Pinta Nurathira Angsana tatkala tangannya membawa ke paha sambil membetulkan duduk sopannya.

Kiambang Intan tunduk memandang tikar mengkuang dengan jari menari di setiap lajur warna. Tiada kita faham kenapa sungguh susah benar mahu mereka berdua menceritakan tentang Firda Anggun. Kita sudah tengok susuk tubuh Firda Anggun. Sudah perhati dari jauh cuma dekat belum. Telah kita tahu mana cantik mana buruk wajah hatta tangannya. Kita sekadar ingin kenal Firda Anggun pada tingkah dan hubungan akrab jauh dengan Nazim Gagah.

“Firda itu teman Nazim bergosip cerita tentang siasah mahupun biduan. Malah segala khabar tentang dayang-dayang istana juga selalu dibawa Firda ke telinga Nazim,” bersuara juga Kiambang Intan.

“Bagaimana mereka bersua kenal? Dimana bercerita mereka? Kenapa tidak pernah kita tahu?”

“Sabar, mohon tuan hamba tiada menggelabah. Soalan banyak tiada terjawab hamba,” balas Kiambang Intan. Kita menutup mulut perlahan menyebut maaf antara dengar dengan tidak. Nurathirah Angsana sudah sedikit ketawa melihat raut muka kita. Barangkali sudah laksana pipi Firda Anggun yang sentiasa merah menyala.

“Tiadalah hamba tahu bagaimana bertemu bersua mereka pada awalnya, cumanya hamba tahu ada hubungan baik akrab sejak banyak juga Nazim Gagah bercerita tentang Firda. Minta nasihat dari hamba pada setiap masalah. Pernah juga kita duduk makan menghadap semeja tatkala masalah Firda sungguh tenat tiada dapat Nazim Gagah member kata bicara.”

“Adakah Nazim Gagah itu ada rasa kasih cinta pada Firda?”

Nurathirah Angsana memandang Kiambang Intas terus mereka bedua ketawa serentak sambil tangan menimbulkan isyarat tiada kita faham. Kiambang Intan melentikkan tangan di pipi penuh sopan dengan mulut dimuncung bagai mahu mengucup tiada sampai.

“ Itu tiada hamba selidik. Luar nampak biasa tiada cinta kasih segala tetapi dalamnya tiadalah hamba tahu. Bukan begitu Athirah?” selesai segala ketawa Kiambang Intan membalas juga.

“ Firda itu tulus orangnya, mungkin juga Nazim Gagah tertawan hati, uh…” panjang juga keluh yang terbit dari bibir Nurathirah Angsana.

“Pastinya yang hamba tahu mereka selalu saja duduk bersama menghadap bunga ros putih merah di tangan seorang sekuntum.”

“Habis kenapakah sampai Nazim Gagah menikam firda kalau sungguh mereka itu kekasih berkongsi hati?”

“Soalan itu tiada dapat hamba bantu tolong segala. Kami berdua sekadar berjumpa Firda dalam kiraan sebelah tangan saja. Maka tiadalah banyak kisah kami berdua simpan tahu. Tapi tuan hamba patut sedar betapa Nazim Gagah bersahabat dengan Firda lantaran tiada kawan teman lagi taulan mahu mendengar segala cerita daripadanya. Kami berdua ini tiadalah dapat selalu bersua jumpa, maklum sahaja ada halangan haram halal sebagai muhrim.” Lagi alasan daripada Kiambang Intan.

“ Habis dengan Firda itu terhapuskan segala haramnya?”

Kiambang Intan dan Nurathirah Angsana diam membisa. Tapi akhirnya keluar juga sedikit tawa. Penuh solehah gelaknya.

“Tuan hamba itu sepatutnya lebih tahu tentang segala masalah baik buruk suka duka Nazim Gagah. Ini tuan hamba banyak juga tiada senang bahkan selalu mengikut kata hati bila berbicara dengannya. Tiadakah tuan hamba tahu betapa Nazim Gagah itu senang mudah tersentuh sensitif hatinya?”

“Tiadalah dapat kami berdua membantu tuan hamba. Tanya sajalah Nazim Gagah. Carik-carik bulu sahabat, kalau baik sekata, akhirnya kembali bercantum juga. Bahkan bercantum itu lebih manis daripada saudara sedarah,” tambah Nurathirah Angsana.

“Kami berdua ada janji mahu ke belanga menikmati air goody-goody merah jingga putih dua kasut, maaf tidak dapat berkongsi rasa dengan tuan hamba. Tapi hamba percayalah Nazim Gagah itu sungguh baik orangnya. Tiadalah dia berbuat perkara celaka puaka neraka. Yang lebih kita musykil adalah Firda.”

Kami berpisah tanpa banyak bicara. Kita menumpang dua gadis cantik tinggi lampai ke lembah tengah. Tiba-tiba kita jadi teringin mahu suap kemam kek dengan susu masam dari kedai rahsia. Rasa masam enak lemak itu merembeskan segala saliva dalam mulut tanpa henti. Uh.. sedap waktu menikmati tiada terkira indahnya. Beginilah kita, kalau mahu makan kek singgah sekejap di kedai bukan seperti Syed Hafiz Unggul untung punya teman yang sanggup susah payah sediakan bulat besar kek.

4 comments:

Wan Syahida said...

Tanyakan Nazim, dia nak kek gak tak?

fairuspeng said...

uh.. Nazim Gagah dilokap, tiada dapat kita bersua bicara dengannya

aasique said...

baru ku tahu siapa Nazim Gagah...h0h0..perkhabarn antara dia dan Firda Anggun terungkap sudah..
(ayat sastera gapo thu...huhu)

fairuspeng said...

sipakah nazim gagah itu?
dimana tuan hamba menemuinya?