Friday, April 16, 2010

Cerita Putra Eskandar Nazim Gagah: Saat Bertemu Nazim

Kita jumpa Nazim Gagah seketika cuma, syukur kita pada Tuhan yang esa, hajat kita ingin bersua dengan Nazim Gagah tercapai juga.

Kepingin kita tanya segala macam soalan tetapi tiada terdaya. Raut mukanya sungguh membuat kita tiada dapat bertutur indah berbahasa molek. Pada awal bertemu tiada lain dapat kita lakukan, sekadar memeluknya sambil menangis tiada air mata darah.

Memang mahu kita tanya kenapa begitu begini jadinya antara dia dengan Firda, mahu juga kita selidiki siapa Firda itu. Tiada pernah kita pandang jenguk bersua dengan Firda selama ini hatta mendengar namanya disiulkan. Malah tiada pernah juga sepatah Nazim bercerita tentang tingkah Firda.

Tidak mahu kita sentap segala rasa dalam hatinya, lalu kita kuat gagahkan kata bertanya bicara juga tentang Firda. Jawabnya mudah sungguh tiada kita duga. Balasnya cukuplah kita bertanya pada Kiambang Intan ataupun jika malu segan takut disumpah, Nazim minta kita hulur segala soalan pada Nurathirah Angsana. Kala kita tanya siapakah geragan lagi yang tahu segala perkara kecil besar kuman gajah pantas Nazim minta tanyakan pada Syed Hafiz Unggul. Belum sudah kita menukar dengan soalan ketiga, sudah soldadu itu meminta kita keluar tinggal Nazim merah mata teresak-esak.

Kita sedih sungguh tiada terkata. Sudahlah lama kita menanti Nazim Gagah selepas dia menghilang tiada khabar tiada kata tiada senyum manis, akhirnya yang sampai cerita angin kepada kita khabar tidak enak begini. Kita tentu tiada dapat menerima dengan akal kecil emosi besar kejadian seumpama ini. Bertambah-tambah sedih terbeban kita bila disuruh tanya soal pada orang lain sedangkan kita selalu diulang sebut sebagai teman karib baik.

Dalam sedih gundah tu sempat juga kita ke rumah putih sakit bulan merah melihat Firda. Syukur kita Firda masih bernafas walau tika ditemui soldadu bagai tiada harapan mahu bertutur kembali kerana pekat melimpah segala darah kesan ditikam. Kita pohon agar Firda segera sedar daripada pengsan koma agar segala cerita benar sungguh dapat diselidiki.

“Nazim sungguh kita tiada terbayang hidup tanpamu. Bagaimana kita boleh berjalan di sini sendiri?”

No comments: