Aku ingat aku seorang sahaja yang sedang bergerak dalam kegelapan. Mencari cahaya dalam kelam malam. Rupanya-rupanya teman sekuliah aku semuanya masih lagi menengadah juga. Adakah dunia begitu kejam kerana menutup lampu sehingga kami tidak mendapat cahaya? Atau kami yang tidak nampak cahaya di sekeliling? Sungguh terasa seperti berada di dalam sebuah kapal yang gelap kelam pada malam gumpita tanpa bintang mahupun bulan. Selangkah mungkin bahaya, kelak nanti tersalah jatuh ke dalam laut yang ganas.
Namun aku rasa aku yang paling teruk! Duduk termanggu menanti cahaya sedangkan yang lain sudah melangkah mencari cahaya. Aku pejam mata menambahkan kegelapan. Lantas tidur membiarkan diri diselimuti mimpi dan khayalan yang indah-indah. Dicandu-ganjakan dengan segala keseronokan yang berwarna-warni.
Kalau punyai waktu untuk diulang. Mahu aku kembali ke zaman di Lembah Pantai. Merasai setiap detik dengan indah. Mengubah segala episod yang sudah tertanam. Waktu sukar itu mahu aku ulang dengan baik. Ingin sekali merasai kembali kehidupan tanpa banyak soal. Tidak perlu berhadapan dengan soalan, bila gajinya, macam mana duitnya? Makan sekadar yang ada, merasai susah senang penuh emosi, kadang-kadang menangis kadang-kadang tertawa.
Paling penting tidak perlu menjawab soalan, bilakah akan berkahwin? Juga tidak perlu risau soal berat badan. Tiada masa untuk menjadi gemuk buncit seperti sekarang.

Kelam
Gelap
Gumpita
Malam siang
Rasanya tetap sama
Bilakah akan berubah warnanya
Hitam menjadi kuning

3 comments:
haih kuruih tu..
hehehe apa jadi skrg?
mkn beriani kambeng kampung byk sgt kot... :p
uh.. apakah?
sekrang biasa-biasa ja...
Post a Comment