Aku sendiri kurang pasti dengan perasaan yang sedang berkubu di hati. Benar-benar rindu atau aku yang melebih-lebihkan rindu itu.
Rindu pada siapa? Ada yang bertanya apabila aku meletakkan kata-kata sebagai YM status. Susah untuk aku menjawabnya. Lalu ku katakan yang rindukan pada makhluk bukan Al-Khalik. Barangkali itu silapnya. Aku perlu lebih merindui-Nya supaya nanti rindu itu terubat.
Minggu depan aku pulang beraya, mudah-mudahan hilang rasa rindu itu walaupun sehingga ke saat ini aku tidak begitu merindui Umi dan Abah. Lagi salah!
Masih segar lagi tentang perasaan cinta yang hadir setelah melangkah ke bandar ini. Sekembalinya dari pulang mengucup Umi dan Abah, perasaan cinta pada si dia hilang. Pantas aku katakan kepada sahabatku. Penangan kasih Umi dan Abah lebih berbisa.
Namun kali ini rindunya bukan seperti dahulu. Mawar itu sekadar gambaran. Mahu aku jadi matahari yang menyinar kembangnya. Tapi aku yakin itu mustahil. Rindu, terimalah aku sebagai pelangimu, yang mewarnai langitmu setelah hujan tiba dan ketika matahari kembali gah bersinar. Walaupun itu hanya khayalan yang tidak kekal dan tidak boleh dicapai.

Aku curi sedikit masa untuk mewarnai lukisan, sedikit comot. Tapi aku gembira dengan hasilnya.

3 comments:
"Rindu itu adalah
Anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu..."
Rindu itu fitrah insan biasa.
Tak salah untuk merindu, tp biarlah
pd tempat dan kawalan yg betul..Jgn smpi
rindu itu menjadi penyakit dalam
hati kita...Semoga Allah mengisikan
hati kita dgn perasaan rindu padaNya....
sekadar renungan utk diri sendiri yg sedang mencari penawar penyakit hati...
ya.. rindu itu penyakit hati...
perlu segera dicari ubatnya..
siapa ada jual ubatnya? mahu beli untuk bekalan setahun saja...
kalau rindu yg diungkapkan itu merupakan penyakit hati, cari lah penawar utk penyakit hati. tetapi, tidak mudah utk menjumpai penawarnya..
Ntah lah, bg saya rindu itu sgt luas pengertiannya. Boleh jadi rindu itu pd manusia, boleh jd pd kenangan lama. Boleh jadi juga pada sesuatu yg abstrak. Hanya yang merindui sahaja tahu apa yg dirinduinya. Jadi, hanya yg merindui sahaja tahu penawarnya dan penawar itu, ada pd diri kita sendiri. carilah ia, insyaallah akan ketemu penawar itu.
Post a Comment