Sengaja aku memilih tajuk ini sebagai pembukaan blog baruku. Selamat datang ke alam ilham seorang anak jadi negeri serambi mekah. Benarkah Kelantan seindah nama ini kerana melahirkan ramai ilmuan agama (ulama’), atau filem Budak Kelantan sudah cukup untuk menafikanya?
Menonton filem budak Kelantan memang sesuatu yang tidak mahu aku lepaskan. Hasilnya tidak mengecewakan kerana filem ini begitu dekat di hati. Bukan sahaja kerana aku seorang anak kelahiran Kelantan tetapi kerana filem ini juga menyingkap tentang keakraban dan juga tugas sebagai seorang daie. Pernahkah kita terasa begitu jauh bezanya antara kita dengan teman yang suatu masa dahulu begitu akrab? Pernahkah kita berhasrat untuk membantu teman akrab yang ini jauh terpesong? Mungkin ini persoalan yang ingin diungkap pengarahnya, dan kerana itulah aku rasa begitu dekat dengan filem ini. Walaupun aku tidaklah begitu baik dan sempurna namun aku tahu ada teman akrab dahulu yang sudah sedikit lari daripada landasan yang benar serta pelu dibantu.
Mungkin cara yang ditunjukkan melalui watak Buchek tidak betul. Tetapi kita harus belajar memperbetulkannya. Itu adalah kelemahan filem ini yang kubimbang akan diberi anugerah filem Abu Jahal. Malah beberapa adegannya juga tidak patut disiarkan iaitu adegan rogol, adegan minum ubat batuk dan adegan sepasang kekasih yang digambarkan sempurna. Bahkan keseluruhan filem ini banyak dikuasai oleh elemen jahat berbanding elemen baik sehingga watak baik turut melakukan kejahatan. Paling aku kecewa adalah kesudahannya yang tidak sedikit memberikan satu kesudahan kepada usaha yang diatur. Seolah semuanya sia-sia.
Ramai barangkali beranggapan inilah kisah sebenar masyarakat Kelantan di luar wilayahnya. Aku patut mengakui malah di Kelantan sendiri mungkin ini juga yang terjadi. Benar juga kata seorang teman- inilah bayaran untuk harga sebuah kemodenan yang diingini. Untuk teman-teman yang bukan kelantanis mungkin ada persepsi sendiri. Mahu sekali aku mendengarnya.
Kesimpulannya, bolehkan aku menonton filem ini lagi?

5 comments:
tengok kat cinema ke peng?
shye dah lama pencen dari masuk panggung wayang. camne nak tengok. huhu.
dia ada subtitle tak? :D :P
tengok iklan je dah buleh agak citer ni mesti banyak cerite yang buruk dari yang baik.. buruk tu macam buruk benar.. sedangkan yang baik tu sangat la banyak.. agaknya budak2 kelantan ni kalau baik tu memang baik sungguh dan jahat pun mmg jahat sungguh..
shye::: tunggu keluar CD la..
ada dua subtitle : melayu dan inggeris
brightnur::: contoh di sekeliling memang sudah jelas
bl nk belanja abe peng tgk wayang ni.ore x pernh lg ni..haha..al maklum la..kan dh keje sekarg.boleh la hulur2 derma kat junior ni..ko kumpul nk kawen dah?
besh kah cite ito???
nak tgk, mcm memang xla, macam xberapa ke wayang lg dah ujung2 sem nih...
asenyer maseh bulum telambat nak ucap
salamat datang ke blogspot!
hohoo...
anda, setting blog manyak kene tuko nih, sy kureng bekenan, lg2 word verificat tuh, tp for safety, xpola, sy bulih tolerate...
uuuu...
ijau2 saja kowang2 nih, irina, abg peng, lagi2 sapa??? kang antau tulah kang..
hehee...
(^^)"
Post a Comment