Kami berkumpul di Midvalley Sabtu lalu setelah McNa merancang segalanya. Satu perjumpaan biasa yang padaku banyak imputnya. Masing-masing sudah berjaya dengan kerjaya masing-masing. Terharu juga mengingati Lili yang hanya mengirim salam kerana tidak dapat hadir- kerja.
Tentu seklai aku yang mengusai perbualan. Mulut aku pasti susah mahu berhenti. Sehingga Kajot membantah cadanganku supaya masing-masing bercerita tentang hidup sekarang dengan menyatakan kalau aku bercakap seorang sahaja sudah mencukupi. Nampaknya pertemuan lain terpaksalah aku menutup mulutku dengan ‘maskin tape’. Tapi nanti jadi pertemuan seperti malam sebelumnya. Bertemu dengan orang yang tersangat aku rindui (pungguk rindukan bulan aku ni) menjadi pertemuan tanpa bicara lagi. Itulah lagi aku terasa tidak tahu membuat keputusan kerana kalau berjumpa tiba-tiba suasana jadi senyap aku memang rasa bosan. Tembah kalau dua tiga kali terjadi.
Menemui mereka membuatkan aku berfikir sedalam-dalamnya. Mari kita lihat berbandingan ringkas ini. Shukri mempunyai masa depan yang cerah dengan IJN walaupun sedikit stress kerana terpaksa belajar. Sufya dan Thoriq akan menerima pelajar tahun hadapan setelah lebih setahun menunggu kolej swasta mereka dibuka. Menjadi antara kakitangan terawal tentu banyak kelebihan. Aku yakin kalau mereka terus di situ tiada apa yang perlu dibimbangi dengan masalah kerjaya. Wawa dan Has pula akan menamatkan pengajian peringkat sarjana di USM. Lepas ini pasti bergelar pensyarah- satu kerjaya yang memang hangat. Akla juga sedang menyambung pelajaran peringkat sarjana di UiTM selepas berjaya memperolehi jawatan dengan MARA. McNa dan Kajot pula sedang bekerja di makmal di Johor dan Kelantan. Pasti perjalanan mereka masih panjang tetapi bukan berliku seperti aku. Terang dan bersuluh tidak seperi aku hanya ‘sambilan’. Aku kira hanya aku yang masih terumbang-ambing mencari jalanku.
Aset? Thoriq dan Afiq akan berkahwin tahun depan. Jadi mereka tentunya sudah bersedia dengan segalanya. Menempuh alam yang aku kira bukan sekadar satu permainan. Kereta? Semua sudah mempunyai kereta kecuali aku, Wawa dan Has. Ah, pelajar tidak boleh disamakan. Aku, kereta masih belum boleh dipandu. Jelas sekali aku masih terumbang-ambing. Hayut dengan duniaku yang gelap ini.
Apa yang aku inginkan? Aku sendiri tidak pasti. Inilah masalah aku paling besar yang aku sendiri tidak tahu bagaimana harus menyelesaikannya. Barangkali aku perlu lebih serius. Ah, sendiri salah sebenarnya.
Tinggalkan dahulu segalanya. Mari bercerita tentang wajah-wajah ini. Inilah masalahku-tidak pernah serius!!
aku yang enak menikmati brownis dengan air krim- bila mahu turun berat badan ni!
Pengarah-McNa makin anggun dan Kajot leka sms 'pakwe'

6 comments:
rindu kat has :). dulu selalu makan sekali ngan has kat DS. memang semua perangai budak2. campur ngan ana... mmg gelak memanjang. tahniah la kat has sebab nak abih dah pun masters nye...
chop. lili apa cerita plak?
peng, takpe slow2... shye dulu pun terumbang-ambing jugak. tapi berkat kesabaran dan kegigihan, campur dengan tawakal, alhamdulillah masa depan makin cerah.
you will find ur future too soon. ;-)
huhu.. mungkin dua-dua tak de kot.. usaha dan takwa...
peng kesian la dgn has... memang kurus sgt...
lili kerja kat johor.. tak leh datang coz kerje.... dia pun stres dgn keje skrang
huhu...jelesnyer tengok korang sume!!!!!!nak ikut jugak!!!tapi, ari tu, keadaan tak menizinkan..lain kali, jumpa lagi yer..insya-allah.....
testing2..
bestnye tgk tyme ni.....back to 2008...
Post a Comment