Wednesday, November 19, 2008

Adakah Ini Lambang Kasih Sayang?


“Sesiapa yang tidak menyayangi, dia tidak akan disayangi.” Hadis ini aku dapat daripada seorang sahabat dari sebuah laman sesarang.


Kasih sayang, bagaimana kita mengasihi dan sebegitulah kita dikasihi. Aku pernah menanam kasih kemudian kecewa dengan kasih yang banyak tidak berbuah. Lalu aku menanam kasih pada tanah yang boleh memberikan buah sahaja.



Sebenarnya bingkisan ini aku lakarkan untuk tatapan seorang sahabat yang baru sahaja menyambut hari lahirnya, 16 November. Selamat hari lahir untukmu yang cukup kuat. Banyak sekali hadiah yang diperolehinya. Tentu sahaja aku cemburu melihat hadiah tersebut. Semua yang diperolehinya jelas sekali dia tidak menyangka. Tetapi aku tiada apa-apa untuknya. Maaf cik Nur. Melihat dia begitu teruja dengan post ini, ini dan ini juga, aku katakan kepadanya, “Tentu kerana selama ini brightnur kuat… kuat menolong teman…cuma kini sedikit goyah kuatnya.”



Kenapa aku katakan begitu? Jelas beberapa waktu ini dia banyak bercerita tentang sedihnya dia terhadap beberapa perkara yang berlaku yang cukup menekan. Aku kira ramai melihat dia tidak sekuat dulu untuk melawan arus, jadi ramai yang menghulurkan tangan untuk menggembirakannya terutama sekali mereka yang banyak dibantu, barangkali. Namun aku anggap dia masih kuat. Tapi Cik Nur mendefinasikan kuat itu lain pula. Tentu sekali dia menolak dilihat tidak kuat dan mahu sentiasa kuat. Memang Cik Nur kuat.


Untuk Cik Nur, maaf kalau salah tafsiranku. Kalau betul aku harap kamu dapat menjadi andartu yang kuat. Semoga terus kuat seperti waktu-waktu awal perkenalan. Terus dikasihi sahabat-sahabat yang pengasih dan semoga kasih itu menjasi saksi perjuangan di akhirat.


Menyebut tentang sambutan hari lahir, petang Sabtu aku menemani beberapa sahabat ke membeli-belah. Kemudian salah seorang bertanya, “Peng nak beli apa untuk mak, birthday dah dekat ni?” Aku sedikit tertikam dengan kata ni dan terus mempamerkan wajah aneh. Segera dia membalas, “Ya lah. Mesti berterima kasih dengan mak yang bersusah payah melahirkan kita.”
Ini persepsi baru rasanya. Aku selalu sahaja menunggu Umi mengucapkan selamat hari lahir tapi jarang sekali aku menghargai Umi begini. Barangkali tahun depan aku harus berubah arahnya.



Sekali lagi untuk Cik Nur, selamat hari lahir yang ke 24.


Sahabat-sahabat lain, mari raikan bersama. Adakan satu bingkisan untuknya. Inilah lambang kasih sayang seorang sahabat.



Teringat pula kasih sayang umi

4 comments:

Anonymous said...

First, nak inform.. saya ulang baca post ni dua kali.. word by word.. sebab.. terlalu teruja dan terkejut.

Terima kasih banyak2 atas posting istimewa ni. Alhamdulillah, semenjak tarikh 16 Nov lalu, saya masih gembira hingga hari ni. Ada sahaja perkara yang menggembirakan. Atau mungkin, sebenarnya cara saya memandang sesuatu tu yang berubah, lebih positive.

'..Tapi Cik Nur mendefinasikan kuat itu lain pula. Tentu sekali dia menolak dilihat tidak kuat dan mahu sentiasa kuat. Memang Cik Nur kuat...' - Saya masih tak faham..hu.. sorry.

Apa-apapun terpulang pada orang lain nak menilai saya. Cuma part andartu tu, andartu tu maknenye ape ye. kalu anak dara tua, janganlah diulang ye, nanti termakbul pulak..huhu..

Terima kasih sekali lagi peng, tak tau nak cakap apa dah.

Moga peng terus kuat juga.. =)--> klu peng ni perempuan, ada ayat yang nak disambung.. tp.. tak boleh..

p/s: Teringat sahabat2@'adik beradik' lain yang dah lama tak berhubung.. harap2 kite2 yang yang dekat2 ni sentiasalah update perkembangan..

fairuspeng said...

maksud kuat tu... dapat mengawal segala masalah persekitaran dengan baik atau mudahnya tahan diuji. tapi cik nur kata kuat itu berupaya menolong orang lain dalam kesusahan...

andartu... rujuk balik ulasan peng di blog cik nur... ok peng tak sebut dah..

selalu teringat2 adik-beradik... tapi persekitaran menyebabkan peng akur.. banyak yang sudah lain jalannya..

faraulah said...

ada pape ker ngan Cik Nur ni Peng?..hehe

fairuspeng said...

mana ada ape2 la.. cik faraulah....
sahabat sahaja