Monday, November 24, 2008

Surat Ungu Untuk Nuha : Novel Islam




Tajuk : Surat Untuk Nuha
Karya : Noor Suraya
Terbitan : Jemari Seni Publishing




Menghabiskan novel ini sewaktu perjalanan pulang dari Penang menyebabkan masa beredar begitu pantas. Mata juga tidak mahu lelap walaupun badan begitu letih. Esokya aku berjaya menghabiskan. Terpesona sekali aku membaca novel cinta Islam ini.




Novel ini mengisahkan Nuha yang kecewa selepas mendapat surat ungu daripada insan yang dianggap kekasih, Faisal. Nuha yang kecewa kemudiannya segera membawa diri yang kebetulan harus melaporkan diri. Mulanya aku menganggap ini yang dimaksudkan dengan tajuk novel. Tetapi ada surat ungu lain rupanya.




Pertemuan dengan seorang jejaka bernama, Muzzammil banyak membawa perubahan kepada Nuha dan seterusnya mencetuskan percintaan luar biasa yang berlandaskan keredhaan Allah. Kejutan demi kejutan mengisi plot novel ini yang tentunya membuatkan aku tidak mahu meninggalkannya. Plotnya memang menarik.




Teknik penceritaan juga hebat. Sekali-sekali sudut pandangan pertama yang digunakan membuatkan terasa betul-betul dapat menyelami novel ini sehingga rasa di hati sampai ke mata. Penggunaan puisi pula tarikan yang menambahkan lagi kekuatan falsafah novel ini.




Latar novel ini yang paling disukai. Suasana kampung yang diceritakan amat dekat dengan hatiku. Terbayang kampung halaman yang menjadi tempat bermain. Bahkan suasana yang dilontarkan oleh Noor Suraya lebih menarik.




Sekali pandang memang tajuknya cukup menggelikan untuk mereka yang jemu dengan novel cinta. Tetapi percayalah ini bukan novel cinta biasa. Lebih luar biasa dari novel cinta Islam dari seberang. Ternyata karya pertama Noor Suraya yang aku baca menambat hati untuk terus mencari karyanya. Tentu sahaja semua harus memilikinya.




Tidak sabar mahu membaca Panggil Aku Dahlia, karya Noor Suraya yang sudah aku letakkan di rak.

4 comments:

Noor Suraya said...

Salam Fairus,

Terima kasih untuk review yang manis. Alhamdulillah... seronoknya, apabila yang sudi membaca itu, melihat falsafah dan pendekatan Islam yang kaksu cuba berkongsi tu.

Sedih tau, kalau pembaca hanya melihat persoalan cinta semata-mata tu aja, tanpa melihat nilai-nilai di belakang Surat Ungu untuk Nuha. Terima kasih ya Fairus, untuk bingkisan yang membuat kaksu ingin terus menulis - menulis untuk mendapat keredaan Dia.

Anonymous said...

wah.. dapat comment dari author.. hmm.. saya ni mmg susah nak baca novel.. tapi kalau ada yang nak pinjam kan.. ok gak =p

fairuspeng said...

untuk biruNiLA:

tak sabar mahu berjumpa Kak Su untuk meminta sedikit coretan di buku ini...

teruskan menulis....

untuk Cik Nur:::
boleh nanti peng pinjamkan...
tapi jaga elok2... ini buku kesayang (pertama)....

Zurina said...

peng...kak zu ni..ingat kak zurina lagi??? ermmm nak cari la novel ni..dah lama tak baca novel...huhu