Wednesday, March 3, 2010

Kluang: Sekadar Kopi dan Roti

Roti bakar di Kluang Rail Coffee yang cair dimulut itu membawa aku ke Kluang lagi. Oh, nikmatnya apabila mentega yang dilapis dengan kaya meresap bersama air liur ke anak tekak! Itulah yang membuatkan aku sentiasa tidak keruan dengan Kluang. Roti bakarnya, kopi dan me kari yang memikat hati!!! Kenapa aku begitu suka dengan roti bakarnya? Rahsianya adalah kerana roti itu dibakar dengan arang bukan dengan pembakar roti moden seperti di sesetengah kopitiam. Sepinggan roti itu seperti tidak terasa manisnya. Tentu saja apabila ke Kluang Rail Coffee lebih daripada lima pinggan yang diminta. Roti keping bakar memang pilihanku berbanding roti bun bakar dan roti gandum bakar. Menu terbarunya, roti pita pakar juga menarik kerana lembut roti pita itu melengkapkan lagi mentega dan kaya yang cair di mulut. Uh, kecur air liur dibuatnya. Kopinya juga memang cukup memuaskan. Rasa kopi yang tidak terlalu kuat dan manis. Neslonya membuatkan aku jatuh cinta-walaupun tidak pekat tetapi rasanya melengkapkan kembara. Rail float adalah satu pembaharuan yang menarik kerana ais krim vanilla menyempurnakan kehebatan rasa kopi. Ditemani pula sahabat-sahabat yang sehati sejiwa.Wow!!


Menghabiskan hujung minggu lalu di Kluang bukan dalam perancangan awalku. Datang secara tiba-tiba seperti angin lalu yang berupaya membawa aku terbang bersama. Kuturutkan juga kata hati dalam kepayahan. Tapi pemergian ini bukan sekadar untuk menikmati rasa kopi dan roti bakar. Itu agenda sampingan. Ada agenda lain yang lebih perlu dilunaskan. Kluang memaparkan indahnya cinta abadi dan kasih sayang sejati. Itu yang lebih nikmat daripada rasa mentega yang cair dimulut.

Kluang mengajar aku betapa sebuah ikatan perlu dibina atas rasa cinta pada Allah utamanya. Kemudian barulah sayang itu bersemi bersama kasih dalam dakapan ukhuwah. Ya, sayang tidak boleh dipaksa tetapi ia datang tanpa disangka. Bukan bererti kita tidak boleh menolaknya. Sayang itu yang akan bawa kita pada kehidupan yang lebih bernilai dan membawa kita kepada keredhaanNya. Lalu kita harus bijak memilih agar serasi dengan setiap gerak jua perancangan hidup. Tidak salah kita menolak kasih yang datang demi cinta padaNya. Oh, baru ku tahu kini kenapa aku sering ditolak hingga jatuh tersungkur, rebah menyembah bumi. Darah mengalir di bibir itu banyak mengajarku erti sebuah kasih sayang. Aku mahu rebah lagi!!!!!! -;p

10 comments:

rabia-adawiah musa said...

berpinggan-pinggan peng makan..bila nak belanja org..

Tinta Musafir said...

1. maaf,sebab membawa sekali en peng ke kluang-menemani sy sebenarnya.. memang pergi tu ada agenda lain yg perlu dibereskan..Penghormatan dan kasih sayang membawa diri ini ke Kluang walaupun keputusan diambil dalam masa 10 minit. Kecian ko Peng terpaksa menjadi s/u politikku.
2. Tapi kopi kluang dan roti bakar tu memang sedap.Kecian kepada Peng juga sebab banyak juga habis duit. Maklumlah gi sana dalam keadaan kedua-duanya tengah pokai huhu
3. apapun,semoga misi ke sana membawa kehidupan yang lebih baik serta membantu sedikit pencerahan kepada insan yang disayangi.
4. tq peng juga kepada mad'uku dunia dan akhirat ,ust hj fadhil!

yummien straggy said...

2 words..
1. JELES!!
2. TANAK KAWAN U..full stop!

Irtiyah said...

salam

kembang kuncup ni haaa anak jati kluang baca entri peng kali ni. tapi.. satu fakta yang tak boleh bla ialah... saya tak pernah makan kat stesen keretapi kluang itu... kalau balik kali ni.. rasanya tak boleh dimaafkan kalau tak pergi.

fairuspeng said...

biah: tu baru namanya makan... bukan selalu dapat ke kluang..

T.M: wah.. komen meriah sekali... terima kasih kerana bawa kepadaku segala gembira...

Oya: eh.. dah lebih dari 2 perkataan tu....haha

Kak Irtiyah: macam mana ni... orang kelantan boleh merasa dulu... sila ke Kopi Kluang dengan segera

yummien straggy said...

sangat jeles sehingga terlebih perkataan mahu diucapkan..huh!

ibn_hasbi said...

Alhamdulillah...
Terima kasih buat Naqibku dunia akhirat yang sudi berkongsi pengalaman dan ilmu yang berguna sepanjang bersama. Ukhuwwah itu indah bila bertemu dan berpisah kerana Allah.

Aku pohon kepada yang Maha Esa moga kami digolongkan dalan salah satu golongan yang akan mendapat naungan arasy Allah di padang mahsyar kelak iaitulah dua orang sahabat yang bertemu dan berpisah kerana Allah...

Untuk encik Peng.... terima kasih kerana sudi bertandang ke kluang... walaupun tak sempat lama, tapi kenangan itu sungguh manis,...
p/s:- jangan lupa pakai baju yang kita beli tu... cantik sangat...

Rasa macam nak pergi lagi la kat kopio kluang nie....

Tunggu.....
Gaji belum masuk lagi


Ikhlas dariku
Ibn_Hasbi

fairuspeng said...

Fadhil: doa untuk aku tak de pun..huhu.. untuk aje jah..

ok.. nanti kita pakai sama-sama... cantikkan baju tu.. wow

aasique said...

bilola nk merasa...hehe

fairuspeng said...

tapi sekurang2nya dah rasa kopi kemaman kan..