Enam bersaudara seawal jam 9.00 pagi sampai di Jeti Merang dengan diiringin Adinda Panglima Amree sebelum bertolak dengan bot laju sungguh ke Pulau Redang. Perjalanan sejam memang mencabar minda dan perut. Bau buah durian di dalam bot akhirnya berjaya menggugat juga salah seorang Lasykar Redang. Mujur yang lain masih selamat menikmati gelora laut, menghirup udara dingin.
Lasykar Redang menimati putih pasir deras imbak.
Biru laut dan putih pantai Redang terus memikat kami untuk menimati gelora ombak menyerang pantai. Enam Lasykar terbang dan mendarat dengan pelbagai gaya hebat. Merasai keindahan segar bayu laut terik pancaran matahari sambil membilas diri dengan masin pantai. Teruja gembira dihidangkan dengan alam semulajadi yang tidak terucap indah lestarinya. Laskar Redang terbang sebebas-bebasnya.
Usai menikmati santapan tekak,Lasykar Redang menaiki bot nelayan demi menikmati hidangan laut yang tidak terluah segar cantik indahnya. Berenang di tepian pantai berbatu dengan hiasan karang laut bertemankan ikan-ikan pelbagai warna satu aktiviti yang tidakkan pernah dibuang dari benak. Kelebihan Lasykar Redang adalah Laksamana Hanif Troops yang miliki segala pengetahuan ilmu tentang laut, lantas lasyar bukan sekadar melihat malah belajar di atas jua bawah air. Sungguh hidupan di sebalik biru masih laut memang memikat. Bagai cerita yang sentiasa bertasbih dengan cinta, perjalanan Lasykar Redang turut diselit dengan trajedi Putera FairusPeng hampir lemas diselamatkan Temengggung Jazli Johari yang masih hangat dari pelamin. Namun sedih juga Lasykar Redang kerana kekanda Putera Azam Husairi tidak mahu turut serta melihat ikan berenang.
Pagi terakhir, Lasykar Redang menghabiskan waktu berbaki dengan menimati segala keindahan bumi ciptaan Allah. Meredah gelora pantai demi mencari sekawan ikan dan taman lau yang indah, menyusuri tebing pantai curang untuk satu kenangan yang tiada bandingan. Lasykar Redang meninggalkan redang dengan seinfinti kenangan dan kasih sayang. Lasykar Redang mahu kekal ulung dipersada menabur bakti menyulam kasih.
Indahnya Redang... ciptaNYA yang maha hebat
Terima kasih untuk Adinda Panglima Amree dan Panglima Redhuan yang banyak membantu menguruskan kami. Juga paling tidak boleh dilupai adalah pada Adinda Panglima Hilman yang menemani.
Sungguh Redang pulau yang cantik hingga aku gila untuk terus menjenguk pulau-pulau lain. Ciptaan Ilahi memang unik cantik mengkagumkan. Redang aku akan kembali lagi bersama Lasykar Redang. Oh, melihat setiap gambar membuatkan aku rasa mahu tenang lentok di sisi Lasykar Redang setiap masa.

3 comments:
tak cukop gambo..
i nid more pictures..
peng g jalan tak ajak pun...huhu
Oya: cukuplah.. tak leh bagi lebih.. nanti semua dah tengaok.. tak ada orang nak pergi redang lagi...huhu
Biah: Bukan tak nak ajak.. nak ajak... tapi Biah tak cukup syarat... ni majlis lelaki gantang sahaja.. Biah gantang ke?
Post a Comment